Langkau ke kandungan utama

MERAWAT DIRI DENGAN TEKNIK PUSARAN DI PERUT

Caranya: 

1. Baca "Audzubillahiminas syaitanir rajim dan Bismillahirahmanirrahim".

2. Selawat 3 kali.

3. Istighfar 3 kali.

4. Baca Al-Fatihah dan ayat Kursi kemudian hembuskan ke tapak tangan 

5. Letakkan tapak tangan di perut. Tekan perut sedikit sambil berdoa "Ya Allah, hamba mohon pertolonganMu ya Allah, kumpulkanlah seluruh penyakit dalam tubuh ini di perut hamba, dan keluarkanlah mereka dari mulut hamba. Seterusnya dengan konsentrasi, usapkan tapak tangan di perut dengan putaran tawaf (ikut arah lawan jam) sambil bacakan 3X Al-Ikhlas, 3X Al-Falaq dan 3X An-Nas. 

6. Kemudian tarik tapak tangan ke leher secara perlahan-lahan dengan niat menarik semua penyakit ke leher, kemudian dibuangkan melalui mulut sambil mengucapkan "Bismillahi Allahu Akbar

Ulang 7X tarik dari perut ke leher, dan keluarkan melalui mulut 

7. Proses ini dilakukan sekitar 15 minit sahaja. Lakukan minimum 3 kali sehari atau setiap selesai solat.

Ada masanya akan terjadi reaksi muntah. Sediakan plastik atau tempat untuk muntah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal