Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2023

DI ANTARA KEROSAKAN-KEROSAKAN YANG DIAKIBATKAN OLEH PENYAKIT GANGGUAN JIN

1. Menyebabkan was-was, pikiran-pikiran jahat, atau penyakit-penyakit kejiwaan 2. Menyebabkan penyakit-penyakit fisik baik ringan maupun berat. Kadang penyakit-penyakit ini bisa menimbulkan kematian baik cepat maupun lambat 3. Menyebabkan kerosakan pada harta benda 4. Menyebabkan terhalangnya kehidupan. Sulit untuk mewujudkan suatu pekerjaan, pendidikan, atau hubungan-hubungan sosial lainnya. Begitu berusaha untuk mewujudkan keinginan, maka terasa terus dihalangi untuk itu 5. Apabila orang yang gangguan jin ini mendapatkan suatu nikmat, maka datang keadaan sulit yang menyebabkan nikmat tersebut hilang 6. Menyebabkan perubahan pada prilaku, baik itu berupa kebiasaan, akhlak, atau cara berpikir 7. Menyebabkan perceraian, atau saling menjauhi antara dua orang yang sedang memiliki gangguan jin, atau antara orang-orang sekelilingnya, bahkan antara orang-orang terdekatnya.

7 SEBAB KENAPA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN JIN

Oleh: Dr Mahyuddin bin Ismail (Artikel dalam MAJALAH AL ISLAM FEBRUARI 2012) Perubatan tradisional dan komplementari (PTK) di Malaysia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2004 menunjukkan 56% rakyat Malaysia menggunakan PTK sebagai alternatif kepada perubatan moden. Manakala kajian oleh World Health Organisation (WHO) pula menunjukkan 80% daripada populasi negara membangun dan 65% populasi negara maju bergantung kepada PTK untuk perkhidmatan kesihatan mereka. Maka tidak hairanlah banyak pusat-pusat rawatan alternatif wujud ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Malangnya, dalam keghairahan menawarkan khidmat PTK ini, terdapat segelintir pengamal perubatan Islam menggunakan kaedah yang bertentangan syara’. Antaranya ialah menggunakan khidmat makhluk halus dari kalangan jin, sama ada sebagai khadam, pendamping atau sahabat dalam proses merawat pesakit. Mereka mendakwa, jin yang digunakan adalah jin Isl...

SEBAHAGIAN AMALAN KHURAFAT YANG DIGUNAPAKAI OLEH SESETENGAH PERAWAT

Perkongsian oleh : Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi Antara amalan khurafat yang digunapakai oleh sesetengah perawat ialah: PENGERAS PUJA HAJAT ALIN TELOR PENGGUNAAN JIN DAN SYAITAN TILIKAN BERBAGAI JENIS TANGKAL AZIMAT PENGUNAAN BARANGAN NAJIS, DIHARAMKAN DAN GANJIL AIR JAMPI PENGGUNAAN ILMU SIHIR PEMBEDAHAN BATIN PUKAU DAN  HIPNOSIS TANGKAP JIN RAWATAN JARAK JAUH MENGELUARKAN  BERBAGAI OBJEK DARI TUBUH TAHDIRUL-ARWAH / KEMBARA ROH KAEDAH RAWATAN  KHURAFAT YANG LAIN MAKNA KHURAFAT Perkongsian oleh : Tuan Guru Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidek al-Khalidi Dalam buku kecil Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Akidah, JAKIM 2006, halaman 16, mendefinasikan khurafat ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam. Semua pekara yang berkaitan perlu dijauhi oleh semua orang Islam, kerana ia...

HUKUM GUNA WAFAQ NUBUWWAHOleh: Panel Kajian Aqidah,JAKIM

Panel Kajian Aqidah kali ke-45/2012 telah memutuskan bahawa kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" dengan gambar rajah tertentu, tulisan tertentu dan khasiat tertentu adalah tidak mempunyai sebarang asas daripada al-Qur'an dan al-Sunnah. Kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" seperti yang dinyatakan adalah perbuatan khurafat dan bid'ah munkarah serta boleh membawa kepada syirik. Imam al-Zurqani menjelaskan, “Syaikh al-Islam al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam Fath al-Bari, apa yang warid bahawa khatam itu seperti kesan berbekam…atau termaktub di atasnya “Muhammad Rasulullah” sebagaimana dalam Tarikh al-Hakim dan lainnya atau perkataan “berjalanlah sesungguhnya engkau dibantu” sebagaimana dalam al-Nawadir, tiada satu pun yang sabit bahkan sesetengahnya batil (palsu) dan sesetengahnya dha’if”. (Syarh al-Zurqani ‘ala al-Mawahib al-Ladunniyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah 1996:1/293.) Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqr, bekas Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar pula mengata...

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan kesan sihir dari tubuh badan anda?

Bagi memahami perkara ini, kita kena melihat dan memahami hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina A'ishah r.anha yang menceritakan tentang Nabi disihir. Saya tidak bercadang untuk menulis hadis tersebut di sini kerana ianya sebuah hadis yang panjang. Tetapi anda boleh mencarinya di internet. Di dalam hadis tersebut, Allah telah mengutuskan 2 malaikat untuk berjumpa Nabi dan memaklumkan kepada Nabi bahawa Baginda sebenarnya telah disihir. Dan barang yang digunakan untuk menyihir Baginda ialah rambut Baginda sendiri. Apakah kesan yang dialami oleh Nabi akibat sihir tersebut? Selain dari menjadi keliru tentang perkara-perkara yang Nabi lakukan, badan-badan Nabi menjadi sakit dan terasa seperti diikat. Kenapa Nabi rasa begitu? Kerana tukang sihir telah membuat sebuah patung yang menyerupai Nabi. Kemudian dicucuk dengan 11 jarum dan diikat dengan 11 simpulan. Diringkaskan cerita, apabila Nabi mengambil barang sihir tersebut, Nabi merungkaikan barang sihir tersebut sambil membaca Surah A...

"Ustaz, boleh tak keluarkan semua sihir dalam badan saya ni?"

Jawapannya boleh inshaaAllah. Tetapi tak boleh dengan hanya sekali sesi rawatan sahaja. Kenapa sihir tak dapat dikeluarkan semuanya hanya dalam satu sesi rawatan? Dari pengalaman saya, ini sebabnya kenapa saya tidak menggalakkan cara tersebut. Sebabnya ialah pesakit sendiri tidak mampu. Saya pernah rawat pesakit sihir paling lama 3 jam. Mungkin ada perawat lain yang lagi lama dari saya. Memang pesakit mengalami tindakbalas yang kuat disamping muntah yang banyak. Apa jadi kepada pesakit? Tubuh dia jadi lemah. Lemah ni tak bagus. Sebab bila dia lemah, jiwa dan fikiran dia juga akan turut menjadi lemah. Akibatnya, dalam keadaan begini, tubuh badan pesakit tu akan lebih mudah dikuasai oleh jin sihir yang berada dalam badan pesakit tersebut. Bila tubuhnya dikuasai, perawat akan terus merawat pesakit tu atas alasan nak keluarkan jin. Mungkin jin akan keluar, tapi percayalah, tak semua jin akan keluar. Yang lebih buruk ialah tubuh badan pesakit akan lebih menjadi lemah. Keadaan begini sebenar...

Bagaimana cara tukang sihir menimbulkan kesan sihir kepada mangsa?

Sebenarnya terlalu banyak cara yang boleh dilakukan oleh tukang sihir. Di dalam post ini saya akan kongsikan 4 cara dengan anda. 1) Tukang sihir akan menggunakan medium makanan atau minuman. Ini bermaksud orang yang hendak disihir mestilah diperdaya agar memakan dan meminum makanan/minuman yang telah dimasukkan dengan sihir. 2) Dengan menggunakan tanah kubur. Kenapa tanah kubur? Itu saya tak pasti. Tapi mungkin ianya adalah sebagai syarat yang ditetapkan oleh jin. Tujuan jin meletakkan syarat ini adalah sebagai simbolik yang menandakan bahawa tukang sihir ni telah memperhambakan dirinya kepada jin tadi. Apa yang akan dilakukan dengan tanah ini? Ianya akan ditabur dijalan yang selalu dilalui oleh orang yang hendak disihir. Jadi bila setiap kali tanah ini dilangkah, maka kesan sihir akan berlaku kepada mangsa sihir. 3) Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir. Inilah cara yang digunakan oleh Labid bin Al-Asam untuk menyihir Rasulullah. Menurut hadis sahih riwayat...

AL-KAFI #648: PERAWAT "MENURUN" DALAM RAWATAN

Soalan: Apakah hukum berubat dengan seseorang dengan kaedah “menurun”?  Jawapan:  Menurun adalah satu keadaan di mana seseorang itu dikuasai oleh jin atau jin-jin yang meresap dalam jasad, menyebabkan individu berkenaan tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri. Upacara-upacara dan tindak-tanduk yang dilakukan setelah itu bergantung kepada tujuan menurun itu dilakukan.  Menurun ini dapat difahami dalam tiga bentuk; tahdir al-arwah (menghadirkan roh-roh) ataupun tanasukh al-arwah (persalinan roh/reinkarnasi) dan istinzal al-arwah. Kebiasaannya ia merujuk kepada kaedah yang sama. Bomoh atau pawang yang sedang melakukan rawatan akan “berubah” menjadi “individu lain” dengan suara dan perwatakan yang berbeza. Ada yang memperkenalkan diri sebagai Bonda, Raja Bunian, pahlawan tertentu atau wali-wali dan nabi-nabi tertentu.  Memetik fatwa oleh Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi berhubung amalan tahdir al-arwah, beliau menyatakan bahawa...

AMALAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA TERKENA PENGARUH SIHIR

Di bawah ini ada beberapa hal yang dapat melindungi dan menjaga kita dari pengaruh sihir 1. Menjaga Solat Subuh Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang mendirikan solat subuh, maka ia berada di dalam jaminan perlindungan Allah” (HR. Muslim).  Barangsiapa yang menjaga solat subuhnya, maka ia akan mendapat perlindungan dari Allah atas gangguan setan-setan yang ingin melakukan sihir 2. Membaca Surah Al-Baqarah di Dalam Rumah Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Bacalah Surah Al-Baqarah! Kerana sesungguhnya membacanya adalah barakah dan meninggalkannya adalah penyesalan (kerugian) dan sihir tidak akan mampu menghadapinya” (HR. Muslim) 3. Menjaga Bacaan Mu’awwidzatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas) pada Waktu Subuh dan Petang Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang membacanya tiga kali pada waktu subuh dan pada waktu petang, maka tidak ada yang boleh membahayakannya sesuatu apa pun.” (HR. Abu Dawud) 4. Membaca Ayat Kursi Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Apabil...