Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2023

TERAPI AIR RUQYAH BACAAN AL-FATIHAH

Teknik Terapi Air Dengan Surah Al-Fatihah:  1. Ambil air putih sebotol besar. Bacakan Al Fatihah dengan suara kuat. 2. Setelah selesai sekali baca, TIUPKAN nafas ke air dan baca DOA dengan yakin. Baca sebanyak 7 kali dan setiap sekali baca Al-Fatihah, baca doa lalu tiupkan nafas ke air.  Disarankan berdoa dengan doa yang berbeza pada setiap 7 kali tiupan nafas tersebut.  Doanya bebas ikut susunan kata masing-masing tapi gunakan suara yang kuat (bukan baca dalam hati) dan khusyuk. Jika tidak tahu apa doa yang perlu dibaca, boleh ikut contoh yang diberikan di bawah:  (1) Baca Al-Fatihah kali pertama.  Selesai baca Al Fatihah baca doa berikut. Selesai doa tiupkan ke air Ya Allah ya Rahman ya Rahim, Ya Allah, Tuhan yang mengatur setiap pergerakan di alam ini, jadikanlah setiap partikel terkecil daripada air ini sebagai bala tentara yang akan menyerang dan menghancurkan program-program sihir dan buhul-buhul sihir serta setiap musuh-musuhMu yang sedang menzalimi tubuh...

SIHIR MENGGUNAKAN GAMBAR

Bermacam jenis sihir boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sekeping gambar. Antaranya ialah : 1. Sihir Maridh (Sihir Penyakit) 2. Sihir Khumul (Sihir Penat / tak bermaya) 3. Sihir Mahabbah (Sihir Pengasih) 4. Sihir Junoon (Sihir Gila) 5. Sihir Taballud (Sihir menyebabkan hubungan dingin) 6. Sihir Tafriq (Sihir Pemisah) Zaman dulu (80an /90an), syarat permintaan sekeping gambar jadi syarat yang sangat berat dan sukar. Zaman kodak.  Zaman sekarang dah senang. Bukak FB, taip nama dekat search box and boom! Gambar selfie berlambak keluar. Bomoh pun pening nak guna yang mana satu.  Biasanya orang perempuan ramai yang kena. Kenapa perempuan? Sebab perempuan anak kunci nafsu lelaki.  Yang banyak selfie pun perempuan.  Likes gambar selfie sampai 500 orang. Belanja bibir muncung, bulu mata melentik, pamer gigi rata sambil menari segala.. Dalam 500 orang tu, tak mustahil akan ada seseorang lelaki yang ambk gambar kamu, tekan "save to phone", cuci kat kedai and then bagi bom...

BAGAIMANA SIHIR DILAKUKAN

1- Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir mestilah makan atau minum (makanan atau minuman yang telah dilengkapi dengan bahan sihir) agar pengaruh jahat sihir masuk ke dalam badan 2- Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Jika orang itu melaluinya/melintasi tanah tersebut, bernafas melalui debu-debu tanah tersebut maka dia akan terkena sihir ini. 3- Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh di tampal di tanam, ditusuk di balikkan patung, ditanam atau di masukkan kedalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya. 4- Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir Ini hanya sebahagian dari contoh-contoh cara dan kaedah sihir yang berlaku. 

TUJUAN SIHIR

✳️1) SIHIR PEMISAH  GEJALA-GEJALA SIHIR PEMISAH 1. Membalikkan keadaan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci. 2. Munculnya keraguan yang sangat banyak di antara kedua belah pihak. 3. Tidak ada yang bisa menerima alasan. 4. Memperbesar sebab-sebab perselisihan, meski sebenarnya hanya sebab kecil. 5. Membalikkan atau merubah rupa wajah suami di mata isterinya dan rupa wajah isteri di mata suaminya. Dalam hal ini, seorang suami akan melihat isterinya tampak begitu buruk—meski sebenarnya isterinya itu termasuk wanita yang cantik—. Pada hakikatnya, syaitanlah yang ditugasi untuk melakukan sihir itu yang telah merubah rupa wajah isterinya dalam wujud yang sangat buruk. Demikian juga dengan isterinya, dia melihat rupa wajah suaminya tampak begitu menakutkan dan menyeramkan. 6. Kebencian kedua belah pihak yang disihir terhadap apa saja yang dikerjakan oleh masing-masing pihak. 7. Kebencian kedua belah pihak yang disihir kepada tempat yang didiami oleh masing-masing pihak. Kerananya, s...

AMALAN BENTENG BERPANDUKAN HADIS

1) بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلا فِي الْسَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ Kaedah: Dibaca 3 X pagi (selesai solat subuh) 3 X Petang (selesai solat asar) 2) أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ *Kaedah: Dibaca 3 X pagi (selesai solat subuh) 3 X  Petang (selesai solat asar) 3) Al ikhlas, Al Falaq & An nas (Al Muawwizat) Kaedah: Dibaca 3 X pagi (selepas solat subuh) 3 X awal malam (selepas solat maghrib) Sebelum tidur : Ditiupkan pada tapak tangan & disapu pada seluruh anggota badan yang tercapai 4) لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Kaedah: Dibaca 100 X pagi lepas solat subuh 100 X petang lepas solat asar 5) Al Baqorah Ayat 285 - 286 Kaedah: Dibaca 3 X pagi (selesai solat subuh) 3 X Petang (selesai solat asar)

MERAWAT DIRI DENGAN MINYAK KASTURI SYIFA

Caranya Sapukan MINYAK KASTURI pada UBUN², BELAKANG TELINGA, NADI TANGAN, HUJUNG JARI TANGAN/KAKI (antara kuku dan kulit), LUBANG HIDUNG, LUBANG TELINGA, KENING, DADA termasuk payu dara, KEMALUAN dan sekitarnya, PERUT termasuk pusat, LEHER, TULANG KIPAS, PINGGANG bahagian belakang dan mana mana tempat yang tak selesa sebelum tidur

MERAWAT DIRI DENGAN SURAH AL MUAWWIZAT

Beramal setiap hari dengan surah al Mu'awwizat (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) boleh hindarkan daripada sihir. Caranya: Duduk & hulurkan kaki ke kiblat sambil angkat tangan seperti berdoa  Mulakan dengan surah al Fatihah  Kemudian ulangi 3X cara berikut Baca Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas di kedua tapak tangan Tarik nafas kemudian hembus kedua tapak tangan hingga habis nafas Tarik sedikit nafas dan tahan sambil kedua tangan sapu seluruh anggota badan. Hembus nafas yang ditahan tadi ketika selesai menyapu kaki Masa sapu niatkan sebagai pendinding dan keluarkan anergi negatif yang ada dalam tubuh Amalkan ketika rasa tak selesa dan tiap kali sebelum tidur

MERAWAT DIRI DENGAN TEKNIK PUSARAN DI PERUT

Caranya:  1. Baca "Audzubillahiminas syaitanir rajim dan Bismillahirahmanirrahim". 2. Selawat 3 kali. 3. Istighfar 3 kali. 4. Baca Al-Fatihah dan ayat Kursi kemudian hembuskan ke tapak tangan  5. Letakkan tapak tangan di perut. Tekan perut sedikit sambil berdoa "Ya Allah, hamba mohon pertolonganMu ya Allah, kumpulkanlah seluruh penyakit dalam tubuh ini di perut hamba, dan keluarkanlah mereka dari mulut hamba. Seterusnya dengan konsentrasi, usapkan tapak tangan di perut dengan putaran tawaf (ikut arah lawan jam) sambil bacakan 3X Al-Ikhlas, 3X Al-Falaq dan 3X An-Nas.  6. Kemudian tarik tapak tangan ke leher secara perlahan-lahan dengan niat menarik semua penyakit ke leher, kemudian dibuangkan melalui mulut sambil mengucapkan "Bismillahi Allahu Akbar Ulang 7X tarik dari perut ke leher, dan keluarkan melalui mulut  7. Proses ini dilakukan sekitar 15 minit sahaja. Lakukan minimum 3 kali sehari atau setiap selesai solat. Ada masanya akan terjadi reaksi muntah. Sediakan p...

TERAPI MANDIAN

1. Ambil 21 helai DAUN BIDARA 2. Blenda daun bidara 3. Tapis airnya dan dimasukkan ke dalam gelas untuk minum. Bakinya dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air untuk mandi. Boleh juga kalau nak masukkan ke dalam baldi tu Secubit GARAM KASAR/BUKIT  Sedikit CUKA makan 7 biji LIMAU PURUT/NIPIS Secawan AIR MAWAR  4. RUQYAHKAN: semua bahan-bahan tersebut. Bacaannya  Al Fatihah 1X Ayat Kursi 1X Al Ikhlas 3X Al Falaq 3X An Nas 3X Tiup dalam ramuan tersebut kemudian doa: Ya Allah jadikanlah ramuan ini penawar bagi segala penyakit dan racun bagi bangsa jin.

SEPULUH AYAT PEMBENTENGAN

Sepuluh ayat daripada surah Al-Baqarah yang boleh diamalkan untuk mengelak dan melemahkan gangguan jin.  Amalkan setiap hari selepas solat subuh dan selepas solat maghrib AYAT 1 2 3 4 الٓمّٓۚ ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيْهِ ۛ ھُدًى لِّلْمُتَّقِيْنَ  الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَ يُـقِيْمُوْنَ الصَّلٰوةَ وَ مِمَّا رَزَقْنٰھُمْ يُنْفِقُوْنَ  وَ الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمَآ اُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ وَبِالْاٰخِرَةِ ھُمْ يُوْقِنُوْنَ AYAT 255 256 257 اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الۡحَـىُّ الۡقَيُّوۡمُۚ  لَا تَاۡخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا نَوۡمٌ‌ؕ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الۡاَرۡضِ‌ؕ مَنۡ ذَا الَّذِىۡ يَشۡفَعُ عِنۡدَهٗۤ اِلَّا بِاِذۡنِهٖ‌ؕ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ اَيۡدِيۡهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۚ وَلَا يُحِيۡطُوۡنَ بِشَىۡءٍ مِّنۡ عِلۡمِهٖۤ اِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضَ‌‌ۚ وَلَا يَـــُٔوۡدُهٗ حِفۡظُهُمَا ‌ۚ وَ هُوَ الۡعَلِىُّ الۡعَظِيۡمُ لَاۤ اِكۡرَاهَ فِى الدِّيۡنِ‌ۙ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشۡدُ مِنَ...

CIRI-CIRI GANGGUAN JIN

1. Gangguan Emosi Emosi tak stabil, pemarah, ragu, was-was, cemas, ketakutan, tak fokus, pelupa, khuatir berlebihan, stress, gila, sedih berlebihan, hilang kepercayaan diri, suka menyendiri, mudah tertekan dan mudah tersinggung 2. Gangguan Ibadah Tak khusyuk, lupa rakaat, malas ibadah, susah bangun subuh, ketagih maksiat, sesak atau mengantuk saat baca al quran dan terhalang melakukan ibadah 3. Gangguan Pada Rumahtangga Rumahtangga tak harmoni, anak derhaka kepada ibu bapa, sulit dapat zuriat, sulit dapat jodoh, lemah syahwat, tak boleh melakukan hubungan badan, tiba-tiba membenci pasangan, cemburu berlebihan dan ketagihan untuk berzina 4. Gangguan Pancaindera Selalu melihat jelmaan jin, merasakan keberadaan jin, mendengar bisikan ghaib, boleh meramal, boleh baca fikiran orang, sering cium bauan tanpa wujud 5. Gangguan Fizikal Jantung sering berdebar, sesak saat menjelang malam, sering pening, berat dibelakang badan, sering sakit perut, sakit tapi tak boleh dikesan oleh doktor, pendara...

GANGGUAN JIN SAKA

Gangguan Jin saka adalah jin yang mengganggu manusia disebabkan oleh keturunan terdahulu bekerjasama atau membuat perjanjian dengan bangsa jin JENIS GANGGUAN JIN SAKA 1. Sihir wirotsi (Sihir keturunan) 2. Wirotsi tasalsuli (Turun temurun dari jin saka) 3. Wirotsi asli tasalsuli (Keturunan tukang sihir atau tok bomoh) 4. Wirotsi bukan hakiki (Berkaitan dengan tempat atau barangan) TUJUAN GANGGUAN JIN SAKA  1. Pembela atau penjaga 2. Pembisik atau peramal 3. Pengasih atau pemikat 4. Pencinta 5. Penagih hutang AMALAN PEMBENTENGAN BAGI GANGGUAN JIN SAKA  1. Amalkan 10 ayat pembentangan setiap hari 2. Amalkan ikrar pemutus dengan bersungguh sungguh setiap hari 3. Amalkan sifat mahmudah dalam kehidupan 4. Lazimkan baca ayat kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus 5. Sentiasa baca surah al mukminun ayat 97-98 (23) وقل رب أعوذ بك من همزت الشيطان وأعوذ بك رب أن يحضرون 6. Selalu baca surah al baqarah, jika boleh habiskan tiap hari atau secara ber...

AMALAN PEMBENTENGAN BAGI PESAKIT GANGGUAN AIN HASAD

1. Amalkan doa pembentangan Ain Hasad 2. Amalkan surah Al Ikhlas Al Falaq dan An Nas sebanyak 19 kali sehari 3. Amalkan sifat sifat mahmudah dalam kehidupan seharian 4. Perbanyakkan sertai majlis majlis ilmu khususnya ilmu fardu Ain 5. Amalkan mandi air wuduk sendiri dan keluarga  Bahan rawatan yang membantu proses penyembuhan penyakit Ain Hasad 1. Amalkan minum susu segar 2. Amalkan makan habbatus Sauda bagi pesakit yang berbadan sejuk atau dingin 3. Amalkan terapi minyak kasturi untuk tenangkan hati 4. Amalkan pemakanan yang sesuai untuk bantu proses penyembuhan

AMALAN PEMBENTENGAN BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN PENDAMPING

1. Amalkan amalan yang disunnahkan 2. Amalkan 3 Qul 19 kali setiap hari 3. Amalkan mandi dengan AIR BEKAS WUDUK diri sendiri 4. Amalkan benteng diri sebelum tidur 5. Amalkan guna minyak KASTURI sebelum tidur 6. Amalkan 10 ayat pembentengan 7. Amalkan minum susu segar GILA ISIM/AMALAN 1. Mandi dengan air daun bidara dan daun moringga 7 hari berturut-turut 2. Minum air daun bidara dan air daun moringga  Ruqyahkan 1. Selawat Syifa 3X 2. Al Fatihah 3. Ayat Kursi 3. Al Kausar 11X 4. Al Ikhlas 5. Al Falaq 6. An Nas

JIN PENDAMPING

Jin pendamping ialah jin yang mendampingi manusia.   Jin ini boleh hadir melalui empat keadaan iaitu amalan, barangan, keturunan dan tempat   Amalan yang dimaksudkan adalah amalan yang bercanggah dalam Islam, amalan-amalan yang bid’ah dholalah, amalan yang tidak mempunyai rujukan sahih, amalan yang diterima melalui mimpi sekalipun ianya ayat Al-Quran dan amalan-amalan untuk memanggil jin.   Contoh amalan :   1. Ilmu sarat tubuh   2. Ilmu kecantikan   3. Ilmu kekebalan   4. Dan lain-lain   Namun, terdapat juga manusia yang sengaja ingin mendamping jin kerana tujuannya untuk mengubati seseorang atau menunjukkan kehebatan yang dimiliki. Keadaan ini sangat bercanggah dengan ajaran Islam.   Barangan pula adalah barangan-barangan yang mempunyai khadam jin atau barangan yang membuatkan jin suka mendekati     ■ ANTARA TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIDAMPINGI JIN   1. Mempunyai kepekaan yang...

PENYAKIT AIN HASAD

ANTARA TANDA SESEORANG TERKENA PENYAKIT AIN HASAD 1. Rasa sakit kepala yang berpindah2 dan bertambah sakit ketika diruqyah. 2. Wajah menguning atau pucat. 3. Banyak berpeluh dan buang air kecil. 4. Tidak bersemangat. 5. Tangan dan kaki kesemutan. 6. Badan terasa panas (gerah) meskipun cuaca tidak panas. 7. Jantung berdetak cepat. 8. Rasa sakit yang berpindah-pindah antara leher dan belakang. 9. Sedih tanpa sebab. 10. Emosi tidak stabil, marah yang meledak-ledak atau muncul rasa takut yang berlebihan tanpa sebab. 11. Sering mimpi buruk. 12. Sering sendawa dan menguap. 13. Rasa sempit (sesak) di dada. 14. Ujung-ujung mata terasa sangat pedih. 15. Tiba2 menangis dan mengeluarkan air mata tanpa sebab yang jelas. 16. Jari jari gemetar dan bergerak-gerak sendiri. 17. Kejang otot. 18. Merasa lemas dan lemah. 19. Kadang-kadang muncul rasa dingin di ujung-ujung jari. 20. Muncul bekas warna kebiruan atau kehitaman tanpa sebab medis. 21. Kehilangan harta dan bisnes hancur. 2...

PEMBAHAGIAN JENIS PENYAKIT

1. AIN / HASAD a. Ain b. Hasad c. Nafs d. Nazdroh e. Saf’ah f. Ghibtah 2. SIHIR a. Makan b. Minum c. Hidu d. Tiup e. Tanam f. Siram / Tabur g. Gantung 3. GANGGUAN JIN a. Jin Pendamping b. Jin Saka c. Jin Asyik d. Jin Balas Dendam e. Gangguan Rumah

PENYAKIT AIN HASAD

Definisi Penyakit Ain Hasad Ain dari segi istilah ialah perasaan kagum melihat sesuatu tanpa menyebut nama Allah Hasad dari segi istilah ialah seseorang yang jiwanya tak suka atau benci terhadap nikmat yang ada pada orang lain Rukun Penyakit Ain Hasad 1. Takdir Allah SWT 2. Adanya nikmat 3. Disertai jiwa 4. Melalui perkataan atau tulisan 5. Adanya pengaruh syaitan