Langkau ke kandungan utama

TERAPI AIR RUQYAH BACAAN AL-FATIHAH

Teknik Terapi Air Dengan Surah Al-Fatihah: 

1. Ambil air putih sebotol besar. Bacakan Al Fatihah dengan suara kuat.

2. Setelah selesai sekali baca, TIUPKAN nafas ke air dan baca DOA dengan yakin. Baca sebanyak 7 kali dan setiap sekali baca Al-Fatihah, baca doa lalu tiupkan nafas ke air. 

Disarankan berdoa dengan doa yang berbeza pada setiap 7 kali tiupan nafas tersebut. 

Doanya bebas ikut susunan kata masing-masing tapi gunakan suara yang kuat (bukan baca dalam hati) dan khusyuk. Jika tidak tahu apa doa yang perlu dibaca, boleh ikut contoh yang diberikan di bawah: 

(1) Baca Al-Fatihah kali pertama. 

Selesai baca Al Fatihah baca doa berikut. Selesai doa tiupkan ke air

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Ya Allah, Tuhan yang mengatur setiap pergerakan di alam ini, jadikanlah setiap partikel terkecil daripada air ini sebagai bala tentara yang akan menyerang dan menghancurkan program-program sihir dan buhul-buhul sihir serta setiap musuh-musuhMu yang sedang menzalimi tubuhku ini, ya Allah 


(2) Baca Al-Fatihah kali kedua

Selesai baca Al Fatihah baca doa berikut. Selesai doa tiupkan ke air

Ya Allah, jadikanlah setiap partikel terkecil daripada air ini, sebagai duri-duri besi tajam yang akan meluka dan melemahkan serta membunuh makhluk-makhluk ingkar dan zalim yang ada dalam tubuhku ini, ya Allah 


(3) Baca Al-Fatihah untuk kali ketiga

Selesai baca Al Fatihah baca doa berikut. Selesai doa tiupkan ke air

Ya Allah, jadikanlah setiap partikel terkecil daripada air ini, sebagai timah panas mendidih yang akan membakar dan menghancurkan setiap rumah dan persembunyian jin-jin di dalam tubuhku ini, ya Allah 


(4) Baca Al-Fatihah untuk kali keempat 

Selesai baca Al Fatihah baca doa berikut. Selesai doa tiupkan ke air

Ya Allah, jadikanlah setiap partikel terkecil daripada air ini, sebagai renjatan elektrik kepada jin-jin zalim yang merambat mereka dari perut hingga ke hujung-hujung jari tangan dan jari-jari kaki. Dari pusat jantung hingga ke otak dan pori-pori di setiap rambut yang tumbuh di seluruh tubuhku ini, ya Allah 


(5) Baca Al-Fatihah untuk kali kelima 

Selesai baca Al Fatihah baca doa berikut. Selesai doa tiupkan ke air


Ya Allah, jadikanlah setiap partikel terkecil daripada air ini, sebagai penyembuh yang akan mengembalikan setiap sel-sel yang telah dirosak oleh bala tentara Iblis dalam tubuhku ini, ya Allah 


(6) Baca Al-Fatihah untuk kali keenam 

Selesai baca Al Fatihah baca doa berikut. Selesai doa tiupkan ke air

Ya Allah, Tuhan yang maha Menjaga dan Mengamankan hambaNya, jadikanlah setiap partikel daripada air ini sebagai pelindung yang membentengi hati dan tubuhku dari gangguan jin-jin zalim dengan cara yang Engkau kehendaki, ya Allah 


(7) Baca Al-Fatihah kali ketujuh. Untuk tiupan nafas ke 7, sebutlah: 

Wahai Air yang mendengar, wahai setiap sel daripada tubuhku yang mendengar, wahai sel-sel saraf, pembuluh-pembuluh darah, urat-urat saraf, tulang-tulang, cairan tubuh, hormon-hormon dan semua yang tidak kuketahui yang mendengar lantunan Al-Fatihah yang aku bacakan tadi. Aku peringatkan kalian, takutlah kalian kepada Allah. 

Takutlah kalian kepada Allah SWT sahaja dan jangan ikuti perintah penyihir dari jin-jin sihir, takutlah kepada Allah dan perbaiki setiap kerosakan itu sehingga sembuh seperti sedia kala. Takutlah kepada Allah dan himpitlah seluruh jin-jin zalim seandainya mereka masih tetap berada dalam tubuh ini dan tetap tidak mau keluar walaupun setelah mendengar semua peringatan ini. 

Ya Allah, perkenankanlah doa ku ini ya Allah ya Rabbal Alamin 

“Hasbunallah wani’mal wakil ni’mal maula wa ni’man nasir. La Haula wa la quwwata illa billahil aliyil Azim”. Lalu tiupkan nafas ke air. 

3. Baca bismillah, selawat dan minum Air tersebut. Sebahagian Air itu boleh juga dicampur dengan air paip yang disimpan dalam baldi untuk dibuat mandi.

■ *NOTA TAMBAHAN TERAPI AL-FATIHAH*

Minumlah Air tersebut sekurang-kurangnya selama 7 hari. Lagi baik selama 30 hari. Contohnya, minum 500 ML pagi, 500 ML petang dan 500 ML malam. Insyaallah

Pastikan setiap hari kena minum 1.5 Liter air yang telah diruqyahkan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal