Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

PINTU JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan, sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tekanan...

AMALAN MELEMAHKAN JIN

■ Memurnikan tauhid dan meluruskan akidah dari kesyirikan. ■ Menjaga Solat di awal waktu dan disyorkan berjemaah. ■ Menjaga Zikir Harian terutama Zikr Pagi Petang dan sebelum tidur. ■ Menjaga dan menutup aurat dengan baik. ■ Menghidupkan sunnah dalam kehidupan seharian. ■ Perbanyakkan sedekah. ■ Perbanyakkan amalan sunnah seperti tahajjud, puasa dan membaca Al-Quran. ■ Melazimi Surah Al-Baqarah dan Ali Imran. ■ Sentiasa menjadi seorang pemaaf. Sumber: AHSAZA 2023

ANAK KECIL SAWAN TANGIS

CIRI-CIRI BAYI DIGANGGU Sawan tangis tanpa ada sebab sakit demam dan sebagainya. 1. Bayi menangis terus menerus sambil menghentakkan kakinya serta tubuh seperti mengeras. Si bayi terlihat seperti ketakutan dan terjadi secara tiba-tiba. 2. Bayi menangis saat lihat satu tempat di dalam rumah. Berkemungkinan jin atau makhluk halus sedang menonjolkan dirinya pada bayi. 3. Terdapat suara aneh yang membuat bayi menangis. Berkemungkinan makhluk halus ini sedang mengganggu melalui suara-suara yang membuat bayi ketakutan. 4. Bayi kuat menangis dan sukar dihentikan walaupun sudah diberi susu dan tiada tanda-tanda kembung perut atau ketidakselesaan lain pada bayi. 5. Perubahan suhu badan pada bayi di mana ada bayi yang hanya sebahagian atau tempat tertentu saja rasa panas sedangkan bahagian badan lain suhunya normal. Ada juga lengan sebelah atas panas sedangkan bahagian bawah lengan suhu normal. CIRI-CIRI LAIN TERMASUKLAH : 6. Matanya melilau melihat sekeliling 7. Bayi menangis tetapi tiada airma...

RAWATAN TEKNIK RENDAMAN KAKI

Rawatan ini Sesuai untuk GOUT, SAKIT KEPALA, SAKIT BADAN, LESU, MINOR STROKE, SAKIT URAT, TIDUR TAK LENA dan BADAN RASA BERAT dan PENAT.  Kebaikan rawatan RENDAMAN KAKI dengan AIR yang dicampurkan dengan sedikit AIR BATU dan GARAM BUKIT dapat melegakan ketegangan otot dan dapat mengelakkan dari gangguan jin.  Tahukah anda bila bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu angin tidak elok.  Sesiapa yang mengalami masalah tersebut akan kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat, lenguh tengkuk, kerap sendawa atau kerap kembung perut. jika anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang direndam itu. Oleh itu jika diamalkan insya Allah jin akan terhindar daripada tubuh anda. Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi, campurkan air rendaman kaki tersebut dengan DAUN BIDARA dan L...

MANDIAN AIR RUQYAH BERCAMPUR HERBA

Rawatan tambahan untuk pesakit kena gangguan jin.  Pesakit selama satu minggu mandi Air Ruqyah yang dicampur herba berikut:  1. Garam kasar (boleh guna Garam Inggeris atau Epsom Salt) sebanyak 3 genggam.  2. Minyak Kasturi Hitam sebanyak 3ml atau ¼ botol kecil.  3. Minyak Kasturi Putih sebanyak 3ml atau ¼ botol kecil.   4. Cuka epal asli sebanyak satu sudu makan.  5. Air Mawar sebanyak satu sudu makan.  Cara mandi:  Berendam dengan Air Ruqyah yang dicampur herba seperti yang disebutkan di atas selama antara 20 ke 30 minit. Mandi setiap hari selama seminggu.  Peringatan:  • Lebih baik menggunakan air suam untuk berendam jika dapat. • Sebaiknya semasa pesakit berendam dalam air ruqyah bercampur herba tersebut, ia ditemani oleh mahramnya.  • Jika pesakit gangguan jin, biasanya selepas terapi berendam tersebut selama tempoh 7 hari, pesakit akan merasa sangat penat. • Selepas sehari menjalani terapi berendam tersebut lalu pesakit te...

10 FAKTOR KENAPA KESEMBUHAN TERBANTUT

1. Krisis Keyakinan. Hati pesakit masih lagi ragu -ragu atau menolak, maka di sana ada krisis keyakinan yang menjadi benteng kuat yang menghijab langit. Kesalahan lainnya adalah, pasakit "hanya ingin diruqyah" bukan ingin kesembuhan. Akhirnya pesakit hanya menunggu waktu ruqyahnya dan tidak mendengar isi bimbingan dan kata nasihat perawatnya. Dia tidak faham mekanisme kesembuhan dengan ruqyah syar’iyyah. Kenapa begitu? Ini adalah kerana : (a) Tidak faham siapa yang menyembuhkan, akhirnya pesakit setiasa mengembara mencari "perawat hebat". Padahal ubat terhebat ada didalam dadanya. (b) Tidak memahami makna kesembuhan yang sebenarnya. Kebanyakan pesakit mengharapkan kesembuhan jasmani saja tanpa melihat kepada qalbu/rohani yang menjadi sumber kepada   jasad/jasmani. Jadi pesakit itu di ruqyahkan, dia akan fokuskan kepada sakit yang ditimbulkan syaitan, bukan fokus kepada bacaan yang dibacakan untuk terapi hati/qalbunya. Di suatu sudut yang lain, pesakit sudah ingin se...

CARA MENAWAR BUHUL, THILASAM DAN AZIMAT

Cara menawar buhul secara asasnya ada tiga iaitu:  1. Rendam dalam air ruqyah.  2. Bakar sambil baca ayat-ayat Al-Quran, contohnya baca Ayat Kursi atau Surah An-Falaq & An-Nas berulang-kali.  3. Gabungan rendam & bakar. Rendam dulu semalaman atau beberapa minit. Keesokkan harinya keluarkan buhul dan keringkan. Kemudian bakar.  Sebelum rendam atau bakar, buka dulu buhul itu. Jika ada ikatan, potong atau gunting ikatan. Jika ada bungkusan, buka bungkusan itu. Jika buhul berbentuk logam dan ada ukiran, kikir (kikis) dulu ukiran itu. Setelah itu, baru rendam atau bakar.  Sebaiknya pakai sarung tangan sebab ada buhul direndam najis seperti air kencing.  Jika buhul berbentuk logam, sebaiknya pakai pelindung mata (eye protection) sebab dikhuatiri semasa membuka buhul lalu terpelanting mengenai mata.  Di mana buang buhul yang sudah direndam atau dibakar? Di laut? Di sungai?  Untuk menunjukkan kita tidak takzim atau terlalu mengagungkan buhul itu, ...

PAGAR RUMAH

Bagi teknik gangguan rumah , boleh baca ayat peringatan ini dan pagar rumah ya. Sediakan air dan bacakan ayat ruqyah asas ( al fatihah 3x tiup pada air , Ayat kursi 3x tiup pada air , 3 qul 3x tiup pada air ). Letak air tersebut dalam bekas spray , boleh tambah wangian kasturi jika nak.  Sebelum tu sebaiknya azan terlebih dahulu didalam rumah tersebut ya.  Pagar bahagian dalam rumah. 1. Bermula di pintu utama rumah , bergerak ke kiri. Spray atas bawah berulang kali sambil baca ayat kursi.  2. Spray mengikut dinding rumah , jika ada bilik , masuk ke dalam bilik. Spray atas bawah atas bawah smbil baca ayat kursi. 3. Jangan masuk dalam tandas ya , bahagian tandas tu tinggal je. Tak perlu masuk dan spray.  4. Teruskan spray dinding ke dinding sampai bertemu pintu utama kembali. Habiskan baca surah al baqarah dan al imran di dalam rumah tersebut ☺️  Semoga bermanfaat ๐ŸŒน Sunyi taman ni. Baru mula diduduki, masih banyak rumah kosong. Dapat aduan sekeluarga ni diganggu....

GANGGUAN RUMAH DAN CARA MENGATASINYA

SEBAB SEBAB JIN MENGHUNI RUMAH 1. Rumah di bina atas tapak kubur. 2. Rumah yang lama tidak didiami. 3. Rumah yang dipenuhi maksiat. 4. Rumah dibina atas tempat buangan sampah. 5. Ada loceng, alat muzik dan gambar bernyawa di dalam rumah. 6. Rumah yang tak pernah dibacakan al Qur'an. 7. Penghuni rumah sering baca kitab kitab sihir dan sengaja memanggil jin. 8. Rumah yang disihir. 9. Terdapat buhul sihir atau sesuatu yang berkhadam dalam rumah seperti azimat dan lain lain. 10. Rumah yang kotor sebab membiarkan sisa makanan semalaman atau sampah yang tak dibuang. CIRI CIRI ADA JIN DI RUMAH 1. Barang dalam rumah berpindah dengan sendirinya. 2. Dengar suara aneh ketika bersendirian seperti suara anak bermain atau suara memanggil. Setelah diperiksa tiada orang. 3. Dengar suara pintu dibuka atau ditutup setelah diperiksa tiada orang. 4. Penghuni rumah emosi dan sering berlaku pertengkaran walaupun kerana hal kecil. 5. Rasa tak selesa berada dalam rumah. 6. Sering kehilangan harta dalam ru...

IKHTIAR RAWATAN BARAH/ KANSER

DOA RAWATAN : 1) Al-Fatihah dibaca 1 kali (adalah lebih baik dibaca dengan 1 nafas). 2) Surah al-Ikhlas dibaca 4 kali   (adalah lebih baik dibaca dengan 1 nafas). 3) Surah Pengecil Bengkak : (Rujuk Gambar) 4) Surah al-Qalam ayat 1-3 (adalah lebih baik dibaca dengan 1 nafas). ____________________________ BAHAN RAWATAN : a. Air b. Mangkuk putih yang tidak mempunyai sebarang corak tulisan. c. Rumput Sambau keseluruhannya, termasuk daun, batang dan akar yang telah dibersihkan dari kotoran. d. Kapur kulit kerang ( kapur yang diperbuat daripada kulit kerang, bukan kapur batu). ____________________________ KAEDAH PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN : 1) Bacakan kombinasi doa rawatan penyakit barah pada bahan-bahan yang dinyatakan kecuali mangkuk putih. (Peringatan: Jangan sentuh akar rumput sambau dengan tangan setelah doa di bacakan). 2) Masukkan kapur kulit kerang ke dalam mangkuk putih kemudian tuangkan air. Pastikan kuantiti air tersebut tidak menyebabkan kapur menjadi terlalu cair a...

AMALAN YANG DIANJURKAN OLEH ALLAHYARHAM SHEIKH ALI JABER

1) Baca Surah Al Ikhlas 10X setiap pagi 2) Baca Surah Al Mulk sebelum tidur 3) Baca Al Kahfi ayat 1-10 sebelum tidur  4) Sedekah Subuh setiap hari sambil berdoa mohon hajat  Baca 10X selepas solat Subuh dan Maghrib  ู„ุง ุงู„ู‡ ุฃู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒ ูˆู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ ูŠุญูŠ ูˆูŠู…ูŠุช ูˆู‡ูˆ ุนู„ูŠ ูƒู„ ุดูŠุก ู‚ุฏูŠุฑ 5) Baca Ayat Kursi setiap lepas solat  6) Selawat 100X setiap hari 7) Berwuduk 10 minit sebelum azan, berzikir atau baca Al Quran untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dalam solat 8) Seindah-indah ibadah - Beristighfar 10 minit sebelum azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis walau olok-olok (waktu sahur) 9) Mencari kawan-kawan soleh untuk mendapat syafaat mereka - amalkan " wa adhil na biroh matika fi i'baadikas solihin" ertinya: jadikan kami dalam rahmatmu bersama para solihin. 10) Setiap kali masuk masjid cari Al Quran dan baca walau 1 ayat utk tambah saksi di akhirat. 11) Jika mohon syurga, mohon syurga Firdaus Al A'la. Mohon syurga ...

๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ ๐—๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฆ-๐—๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—๐—œ๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—ง๐—ข๐— 

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ผ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป: Persoalan tentang perawat dakwa beliau mampu tentukan secara spesifik jenis-jenis Jin dalam badan pesakit, dia mampu tahu jenis-jenis sihir yang kena pada pesakit melalui simptom yang dilihat bukan melalui simptom yang dialami. ๐—ฃ๐—ผ๐—ถ๐—ป๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐—ป ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐——๐—ฟ.๐—๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฑ : ■Nabi s.a.w disihir. Baginda tidak tahu sehingga diberitahu oleh malaikat Jibrail a.s. ■Kalau mengaku tahu biasanya tak tahu. ■Sihir perkara ghaib, manusia biasa tak tahu. ■Biasanya yang bersahabat dengan jin akan dakwa tahu. ■Kalau tahu melalui dakwaan Jin belum tentu apa yang dinyatakan benar. ■Lebih baik berdampingan dengan orang yang mengaku tak tahu tentang perkara ghaib dari berdamping dengan orang yang dakwa tahu tentang perkara ghaib. https://vt.tiktok.com/ZS89M8kax/

RUQYAH MANDIRI

■ RUQYAH MANDIRI  [Ini adalah ringkasan ceramah dalam video. Link video ada dalam posting ini]  Ceramah oleh Syeikh Ahmad Al-Misri @ Al-Misry, ulamak dari Mesir dan kini tinggal di Indonesia. Syeikh Ahmad Al-Misri adalah orang Arab yang fasih berbahasa Indonesia. Beliau juga seorang yang arif berkenaan ruqyah. Berikut ringkasan ceramah beliau.  ■ MAKSUD RUQYAH:  Ruqyah adalah sebahagian daripada doa.  Ruqyah adalah doa khusus memohon perlindungan kepada Allah daripada sesuatu yang tidak diinginkan samada berbentuk batin atau fizik.   Berbentuk batin termasuklah penyakit yang diakibatkan dari alam ghaib.  Jin adalah ghaib iaitu sesuatu yang kita tidak nampak. Gangguan jin termasuk sakit akibat dari alam ghaib atau yang berbentuk batin.  Ruqyah adalah permohonan perlindungan kepada Allah yang dibacakan untuk orang sakit seperti demam, kerasukan atau penyakit lainnya.  Kalimat ruqyah lebih khusus berbanding doa lebih umum, mencangkup semua ...

SIHIR PEMBAWA PENYAKIT DAN CARA PENGUBATANNYA

BAGAIMANA SIHIR PEMBAWA PENYAKIT TERJADI? Sebagaimana diketahui bahawa otak merupakan pengendali utama terhadap tubuh. Dengan pengertian bahawa setiap dari indera manusia pasti mempunyai pusat di otak, yang darinya berbagai isyarat diperoleh. Misalnya, seandainya anda mendekatkan jari ke api, maka jari itu akan segera mengirim isyarat ke pusat indera di dalam otak, lalu otak itu akan segera mengirimkan perintah agar segera menjauh dari tempat yang berbahaya, sehingga tangannya pun akan menjauh dari api.  “Demikian itulah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah kepadaKu apa yang telah diciptakan oleh selainNya …” (QS. Luqman: 11) Jika ada seseorang terkena sihir penyakit, maka jin itu telah bersemayam di dalam otaknya, di tempat di mana dia diperintahkan oleh tukang sihir untuk tinggal. Lalu, dia menetap di pusat pendengaran, penglihatan atau indera tangan atau kaki. Pada saat itu, anggota tubuhnya akan mengalami tiga keadaan, iaitu: 1. Jin itu dengan kekuasaan Allah akan menghalangi sep...

PANDUAN KEPADA PESAKIT YANG INGIN MELAKUKAN RAWATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum para sahabat yang dikasihi semua. Semoga dirahmati oleh Allah.  Saya nasihatkan pesakit yang ingin melakukan ruqyah mandiri agar menyimpan diari samada dalam bentuk buku atau dalam hp. Buat catatan reaksi yang dialami semasa & setelah melakukan ruqyah mandiri.  Saya juga sarankan antara program ruqyah mandiri pesakit ialah dengan mendengar mp3 bacaan ayat-ayat Al-Quran selama 2 jam (atau lebih) setiap hari. Paling kurang lakukan selama 60 hari.   Dengan adanya catatan diari, boleh disemak progress atau proses kesembuhan pesakit dan dengan itu boleh dikaji dimana pesakit buat silap. Contohnya, tidak konsisten / istiqamah mendengar mp3 bacaan ayat-ayat Al-Quran, tidak mendengarnya sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari dan sebagainya.   Apabila peruqyah dapat semak progress (perkembangan), maka peruqyah dapat monitor & menyarankan tindakan-tindakan lanjut yang sesuai kepada pesakit.  Selepas ini saya berikan contoh catatan diari. ๐Ÿ‘‡...

SIMPTOM SEMASA DIRUQYAH

Simtom yang mungkin dialami sepanjang proses ruqyah mengikut tahapan sakit yang dialami seperti berikut  *Meremang bulu roma *Seram sejuk  *Berpeluh  *Sendawa tak henti *Menguap tak henti *Kembung perut *Panas dan mengeras bahagian perut  *Panas dan mengeras bahagian rahim  *Sesak dada *Nafas tercungap-cungap  *Sakit, lenguh2 dan berat atas belakang *Sakit dan lenguh bahagian peha ke kaki  *Sakit kepala *Pening *Loya nak muntah *Muntah  *Mata rasa berpinar-pinar *Mata berair  *Hidung berair  *Nyeri seluruh tubuh *Gatal satu badan  *Tangan sejuk macam ais *Sakit berpindah-pindah  *Histeria 

APAKAH SESEORANG YANG GANGGUAN JIN MENCUKUPKAN DIRI DENGAN MENDENGARKAN BACAAN RUQYAH DARI AUDIO?

Salahudin Sunan Alsasaki Mendengarkan bacaan-bacaan ruqyah melalui audio, terutama untuk gangguan jin yang sudah lama dan berat, bukanlah termasuk ruqyah sehingga tidak mungkin mencukupkan diri dengan cara tersebut. Ruqyah harus dibacakan langsung kepada orang yang sakit dengan tujuan untuk sembuh.  Ruqyah itu membutuhkan niat dari yang membacakan (roqy), dan dari yang diruqyah (marqy), dan ini hanya bisa terwujud dengan berhadapannya antara roqy dan marqy nya. Kadang praktek ruqyah juga membutuhkan tiupan dan usapan pada daerah-daerah yang sakit pada tubuh, dan ini juga hanya terwujud dengan berhadapan (face to face). Jadi tidak dianjurkan untuk mencukupkan diri dengan mendengarkan audio ruqyah kemudian tidak melakukan ruqyah langsung dari seorang peruqyah. Mendengarkan audio ruqyah mungkin bisa dipakai apabila orang yang gangguan jin ini tidak menemukan peruqyah di daerahnya, atau dia seorang yang buta huruf (tidak bisa mengaji), atau ketika seseorang itu sedang bekerja, atau sed...

SEBAB-SEBAB JIN MENCINTAI MANUSIA

1. Mengagumi bentuk tubuh atau penampilan. 2. Kosong dari zikir. 3. Sihir. ๐Ÿ‘‰Berikut ciri² khusus orang yang dicintai oleh jin pencinta : 1.Jin ini akan mengingatkan kita saat² yang romantik dimasa lalu. Biasanya selepas itu akan terjadi kesan lebam di daerah peha. 2. Ketika tidur sendirian terasa ada yang tidur di sebelah atau dengar suara nafas. 3. Sering mimpi persetubuhan yang sempurna. 4. Menganggu hubungan suami isteri 5. Keinginan kuat untuk melakukan masturbasi (wanita) atau onani 6. Terkadang rasa ada yang menggelitik bahagian alat sulit dan membuatnya terangsang. 7. Sering mimpi didatangi atau mendatangi lelaki. 8. Mimpi bercumbu bahkan sampai terjadi persetubuhan. 9. Sukar klimaks ketika bersama pasangan. Tujuannya agar mereka bosan dan tidak suka berhubungan dengan pasangan. 10. Kadang jin mengkhayalkan kejadian² romantik agar terangsang dan mudah untuk diajak bersama. 11. Mudah jatuh cinta dan suka baca perkara² berkaitan seks dan melihat gambar² lucah. 12...