Langkau ke kandungan utama

PAGAR RUMAH

Bagi teknik gangguan rumah , boleh baca ayat peringatan ini dan pagar rumah ya.

Sediakan air dan bacakan ayat ruqyah asas ( al fatihah 3x tiup pada air , Ayat kursi 3x tiup pada air , 3 qul 3x tiup pada air ). Letak air tersebut dalam bekas spray , boleh tambah wangian kasturi jika nak. 

Sebelum tu sebaiknya azan terlebih dahulu didalam rumah tersebut ya. 

Pagar bahagian dalam rumah.

1. Bermula di pintu utama rumah , bergerak ke kiri. Spray atas bawah berulang kali sambil baca ayat kursi. 

2. Spray mengikut dinding rumah , jika ada bilik , masuk ke dalam bilik. Spray atas bawah atas bawah smbil baca ayat kursi.

3. Jangan masuk dalam tandas ya , bahagian tandas tu tinggal je. Tak perlu masuk dan spray. 

4. Teruskan spray dinding ke dinding sampai bertemu pintu utama kembali.

Habiskan baca surah al baqarah dan al imran di dalam rumah tersebut ☺️ 

Semoga bermanfaat 🌹



Sunyi taman ni. Baru mula diduduki, masih banyak rumah kosong. Dapat aduan sekeluarga ni diganggu. Baru sebulan mendiami. Si anak tak boleh tidur, kerap nangis apabila malam. Si ayah "ditarik lembaga perempuan", dan lain-lain. Saya yang menjalankan amanah. Moga Allah lindungi mereka. 
_______________________________________________
Kaedah memagar kediaman yang baru diduduki.
(Ada pelbagai cara dan kaedah. Ini antaranya)

1. Berdiri di tengah rumah, Niat dalam hati untuk memagar kediaman dari kejahilan jin syaitan mahupun iblis serta kejahilan manusia.
2. Di tengah rumah itu, azankan, baca Alfatihah, 3Qul, Ayat Qursi dan Surah Yasin ayat 9 (33x). Surah As Saffat ayat 1-10. 

Kemudian,
✔️Sediakan sebaldi air paip
✔️Garam bukit atau garam kasar (3kg). Masukkan ke dalam air.
✔️Limau Nipis (7-10biji), Belah dua dan dimasukkan ke dalam air, sebaiknya diperah dahulu.

Pada campuran air tersebut, dibacakan:
(Sambil jari telunjuk mencecah air)
✔️Al Fatihah 7x
✔️Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas
✔️Surah Al Fil 
✔️Ayat Qursi 
✔️Surah As Saffat ayat 1-10 
✔️Surah Yasin ayat 9 (7x)

Kemudian, 
Masukkan sedikit air campuran yang siap dibaca itu ke dalam botol spray. Spray keliling rumah dimulai dari pintu utama rumah. Dimulai dengan Alfatihah, terus spray keliling dalam rumah mengikut pusingan arah lawan jam. Sambil spray baca surah yasin ayat 9 berterusan. Ambil dalam segayung dua air tersebut dan siram dihalaman rumah (pada yang punyai halaman), depan dan belakang. 
Lakukan antara 3 ke 7 hari berturut. Buat dengan sepenuh keyakinan pada kekuasaan dan perlindungan Allah. 

❌Jauhi dari meletakkan barang khurafat dalam rumah yang konon untuk dijadikan pendinding. Seperti tulang haiwan, tangkal atau wafaq yang memuja jin pendamping.
❌Pastikan rumah dalam keadaan bersih. Sampah di tutup atau dibuang terus. Tuala wanita dicuci dan dibuang. 

Ilmu ini milik Allah. Moga Allah makbulkan usaha dan doa kalian. Insyaallah Aamiin...

Semoga bermanfaat 🤗


#AHSAZAOfficial

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal