Langkau ke kandungan utama

CARA MENAWAR BUHUL, THILASAM DAN AZIMAT

Cara menawar buhul secara asasnya ada tiga iaitu: 

1. Rendam dalam air ruqyah. 

2. Bakar sambil baca ayat-ayat Al-Quran, contohnya baca Ayat Kursi atau Surah An-Falaq & An-Nas berulang-kali. 

3. Gabungan rendam & bakar. Rendam dulu semalaman atau beberapa minit. Keesokkan harinya keluarkan buhul dan keringkan. Kemudian bakar. 

Sebelum rendam atau bakar, buka dulu buhul itu. Jika ada ikatan, potong atau gunting ikatan. Jika ada bungkusan, buka bungkusan itu. Jika buhul berbentuk logam dan ada ukiran, kikir (kikis) dulu ukiran itu. Setelah itu, baru rendam atau bakar. 

Sebaiknya pakai sarung tangan sebab ada buhul direndam najis seperti air kencing. 

Jika buhul berbentuk logam, sebaiknya pakai pelindung mata (eye protection) sebab dikhuatiri semasa membuka buhul lalu terpelanting mengenai mata. 

Di mana buang buhul yang sudah direndam atau dibakar? Di laut? Di sungai? 

Untuk menunjukkan kita tidak takzim atau terlalu mengagungkan buhul itu, maka kita buanglah ke tong sampah. Jika tidak confident buang di tong sampah, serahkanlah buhul kepada peruqyah untuk musnahkan. 

Nota tambahan: 
Jika buhul atau azimat itu ada tulisan ayat Al-Quran yang jelas, maka tidak boleh dibuang ke tong sampah. Jika jenis kertas, bakar sehingga jadi abu. Abunya buang dekat bunga atau pokok agar tidak dipijak orang. Jika jenis logam, kikir atau kikis dengan alat sehingga hilang tulisan pada logam. Boleh juga ditanam di tanah yang tidak biasa dilalui orang. 

Ada peruqyah seperti Syeikh Abdullah As-Sadhan yang menasihati bahawa jika buhul itu dibuat untuk tujuan dibakar, maka jangan tawarkan buhul itu dengan membakarnya tetapi gunakan kaedah rendaman. Panduan umum kepada pesakit & keluarganya ialah begini: 

Jika tidak pasti mana kaedah yang perlu digunakan, maka gunakan kaedah rendam dalam air ruqyah. 

Wallahu a'lam. 

Tulisan: 
Roqy Sinar Ruqyah
(Kemaskini 14.09.2021) 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal