Langkau ke kandungan utama

RAWATAN TEKNIK RENDAMAN KAKI

Rawatan ini Sesuai untuk GOUT, SAKIT KEPALA, SAKIT BADAN, LESU, MINOR STROKE, SAKIT URAT, TIDUR TAK LENA dan BADAN RASA BERAT dan PENAT. 

Kebaikan rawatan RENDAMAN KAKI dengan AIR yang dicampurkan dengan sedikit AIR BATU dan GARAM BUKIT dapat melegakan ketegangan otot dan dapat mengelakkan dari gangguan jin. 

Tahukah anda bila bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu angin tidak elok. 

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut akan kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat, lenguh tengkuk, kerap sendawa atau kerap kembung perut.

jika anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang direndam itu. Oleh itu jika diamalkan insya Allah jin akan terhindar daripada tubuh anda.

Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi, campurkan air rendaman kaki tersebut dengan DAUN BIDARA dan LIMAU NIPIS. Kesannya amat baik kepada tubuh badan anda.

Sebelum rendam kaki ruqyahkan dulu rendaman tersebut
Al Fatihah 1X 
Ayat Kursi 1X 
Al Ikhlas 3X 
Al Falak 3X 
An Nas 3X 

Insya Allah dengan Izin Allah kaki dan badan anda akan berasa ringan.

Kesan gangguan makhluk halus apabila terapi ini dilakukan adalah seperti berikut :
=Kaki akan berasa pijar 
=Lenguh dan kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki

Harus diingat ini adalah salah satu alternatif dalam rawatan Islam dan ianya adalah sebagai salah satu Ikhtiar untuk merawat penyakit. Insya Allah dengan izin Allah sakit akan sembuh atau berkurangan. Ia juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda. 

Wallahualam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal