Langkau ke kandungan utama

ANAK KECIL SAWAN TANGIS

CIRI-CIRI BAYI DIGANGGU

Sawan tangis tanpa ada sebab sakit demam dan sebagainya.

1. Bayi menangis terus menerus sambil menghentakkan kakinya serta tubuh seperti mengeras. Si bayi terlihat seperti ketakutan dan terjadi secara tiba-tiba.

2. Bayi menangis saat lihat satu tempat di dalam rumah. Berkemungkinan jin atau makhluk halus sedang menonjolkan dirinya pada bayi.

3. Terdapat suara aneh yang membuat bayi menangis. Berkemungkinan makhluk halus ini sedang mengganggu melalui suara-suara yang membuat bayi ketakutan.

4. Bayi kuat menangis dan sukar dihentikan walaupun sudah diberi susu dan tiada tanda-tanda kembung perut atau ketidakselesaan lain pada bayi.

5. Perubahan suhu badan pada bayi di mana ada bayi yang hanya sebahagian atau tempat tertentu saja rasa panas sedangkan bahagian badan lain suhunya normal. Ada juga lengan sebelah atas panas sedangkan bahagian bawah lengan suhu normal.

CIRI-CIRI LAIN TERMASUKLAH :

6. Matanya melilau melihat sekeliling

7. Bayi menangis tetapi tiada airmata

8. Menangis seolah-olah seperti dicubit

9. Menangis dalam keadaan takut

10. Tidur dalam keadaan terkejut-kejut

11. Tidur di selang seli dengan tangisan

12. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari, contohnya seperti waktu maghrib hingga subuh.

APA IKHTIAR YANG BOLEH DILAKUKAN ?

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan : 

Surah al-Fatihah,
Ayat Kursi,
Surah an-Nas
Surah al-Falaq,

Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: 

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya”

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.

Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. 
Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal