Langkau ke kandungan utama

GANGGUAN RUMAH DAN CARA MENGATASINYA

SEBAB SEBAB JIN MENGHUNI RUMAH

1. Rumah di bina atas tapak kubur.
2. Rumah yang lama tidak didiami.
3. Rumah yang dipenuhi maksiat.
4. Rumah dibina atas tempat buangan sampah.
5. Ada loceng, alat muzik dan gambar bernyawa di dalam rumah.
6. Rumah yang tak pernah dibacakan al Qur'an.
7. Penghuni rumah sering baca kitab kitab sihir dan sengaja memanggil jin.
8. Rumah yang disihir.
9. Terdapat buhul sihir atau sesuatu yang berkhadam dalam rumah seperti azimat dan lain lain.
10. Rumah yang kotor sebab membiarkan sisa makanan semalaman atau sampah yang tak dibuang.

CIRI CIRI ADA JIN DI RUMAH

1. Barang dalam rumah berpindah dengan sendirinya.
2. Dengar suara aneh ketika bersendirian seperti suara anak bermain atau suara memanggil. Setelah diperiksa tiada orang.
3. Dengar suara pintu dibuka atau ditutup setelah diperiksa tiada orang.
4. Penghuni rumah emosi dan sering berlaku pertengkaran walaupun kerana hal kecil.
5. Rasa tak selesa berada dalam rumah.
6. Sering kehilangan harta dalam rumah tersebut.
7. Rasa diperhatikan atau terasa seperti ada orang di sisi atau di belakang.
8. Melihat kelibat ketika mula buka mata semasa bangun tidur.
9. Tiba-tiba terlihat binatang seperti kucing hitam atau ular.
10. Terasa seperti ada yang mengejutkan untuk solat subuh
11. Rasa seperti diperhatikan bila melewati suatu sudut.
12. Bulu roma berdiri dan takut.
13. Anjing menyalak biasanya sebelum subuh.
14. Keldai merengek.
15. Tiba-tiba tercium bau busuk atau wangi.
16. Lampu sering mati atau dimain-mainkan.
17. Benda-benda sering bergerak sendiri.
18. Pinggang sering dilemparkan dan pecah atau suara di dapur seperti seseorang sedang memasak.
19. Ketukan pintu atau bunyi benda jatuh setelah diperiksa tiada orang.
20. Terdengar bunyi tepukan, bunyi pintu dibuka atau ditutup tapi tiada orang.
21. Sering hilang barang yang tak mungkin dilakukan oleh ahli rumah.
22. Sering terjadi kebakaran tanpa sebab. Biasanya terjadi dalam bilik yang dikunci atau pada karpet dan pakaian.
23. Dengar suara teriakan, tangisan, tertawa atau panggilan. Setelah diperiksa tiada orang.
24. Dengar suara angin atau merasakannya terutama di telinga.
25. Sering nampak asap putih, hitam atau biru kemudian membentuk seperti tubuh manusia.
26. Rasa seperti ada orang di belakang, bila tengok tiada orang.
27. Sering mimpi menakutkan, ditindih atau mimpi diusir daripada rumah.
28. Anak sering menangis tanpa sebab sambil matanya tertumpu ke arah tertentu. Ini kerana jin menampakkan diri kepada anak tersebut. Kadang anak ini bermain sendirian namun sebenarnya mereka bermain dengan jin yang ada di rumah tersebut.

CARA MENGUSIR JIN YANG MENGGANGGU RUMAH

1. Bersihkan rumah daripada segala yang mendatangkan murka Allah SWT seperti gambar bernyawa, alat muzik, filem porno, loceng, anjing, patung dan lain-lain.

2. Usahakan agar cahaya matahari masuk ke dalam rumah.

3. Jangan biarkan sisa makanan bertaburan dalam rumah. Terus cuci bekas makanan setelah digunakan. Buang sampah agar tidak mengundang jin masuk dalam rumah.

4. Tiap pagi buka pintu dan jendela agar bauan yang tidak enak keluar.

5. Jadikan rumah dalam keadaan rapi dan harum. Ini akan mengundang malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.

Setelah itu barulah mulai dengan tahapan untuk mengusir jin agar keluar

1. Semua penghuni hendaklah ikhlaskan niat dan jaga ketaatan kepada Allah SWT.

2. Jaga solat. Amalkan zikir pagi petang, zikir selepas solat dan zikir sebelum tidur.

3. Mula dakwah jin dengan mengatakan
Wahai bangsa jin aku ingatkan kalian akan janji yang telah diambil Nabi Sulaiman bin Daud atas kalian agar tidak mengganggu kami dan tidak menampakkan diri kalian pada kami. Demi Allah dan Hari Akhirat aku menegah agar kalian tidak menampakkan wujudmu pada kami dan tidak juga mengganggu kami. Keluarlah kalian dari rumah kami kerana tempat ini milik kami. Ingatlah balasan Allah yang pedih bagi sesiapa yang berbuat zalim.

4. Rutin membaca Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah. Sabda Rasulullah
Sesungguhnya syaitan apabila mendengar surah Al-Baqarah dibacakan dalam rumah maka dia akan keluar daripada rumah itu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal