■ RUQYAH MANDIRI
[Ini adalah ringkasan ceramah dalam video. Link video ada dalam posting ini]
Ceramah oleh Syeikh Ahmad Al-Misri @ Al-Misry, ulamak dari Mesir dan kini tinggal di Indonesia. Syeikh Ahmad Al-Misri adalah orang Arab yang fasih berbahasa Indonesia. Beliau juga seorang yang arif berkenaan ruqyah. Berikut ringkasan ceramah beliau.
■ MAKSUD RUQYAH:
Ruqyah adalah sebahagian daripada doa.
Ruqyah adalah doa khusus memohon perlindungan kepada Allah daripada sesuatu yang tidak diinginkan samada berbentuk batin atau fizik.
Berbentuk batin termasuklah penyakit yang diakibatkan dari alam ghaib.
Jin adalah ghaib iaitu sesuatu yang kita tidak nampak. Gangguan jin termasuk sakit akibat dari alam ghaib atau yang berbentuk batin.
Ruqyah adalah permohonan perlindungan kepada Allah yang dibacakan untuk orang sakit seperti demam, kerasukan atau penyakit lainnya.
Kalimat ruqyah lebih khusus berbanding doa lebih umum, mencangkup semua permohonan.
Ruqyah adalah lafaz khusus dengan niat untuk kesembuhan dari penyakit dan segala sebab yang merosak.
Maka membaca ruqyah perlu dengan niat.
Bolehkah minta diruqyah?
Boleh.
Namun jika sudah belajar dan pandai meruqyah, maka lebih bagus meruqyah diri sendiri.
■ SYARAT-SYARAT RUQYAH:
1. Ruqyah dengan guna atau membaca firman Allah atau asma (nama) Allah atau sifat Allah atau doa dari hadis Nabi.
2. Ruqyah harus diucapkan dalam Bahasa Arab atau dalam bahasa yang jelas dan difahami.
3. Kita perlu meyakini bahawa yang menyembuhkan bukan zat ruqyah tetapi Allah yang menyembuhkan.
■ SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA
Setiap penyakit ada ubatnya.
Memang setiap penyakit ada ubatnya apabila sesuai ubat dengan penyakit, maka akan sembuh.
Maka perlu tepat ubatnya dengan penyakit.
Setiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah. Tapi jangan berubat dengan yang haram.
■ JANGAN MEMINTA RAWATAN DENGAN DUKUN ATAU TUKANG RAMAL
Jangan mendatangi dukun dan tukang ramal.
Perlu tahu membezakan antara tukang ramal dengan kasyaf.
■ ADAB MERUQYAH:
1. Berwuduk. Bila berwuduk, kita akan ada cahaya. Berwuduk hanya dianjurkan dan bukan diwajibkan.
2. Baca ayat-ayat Al-Quran yang sering (biasa) dibaca dengan niat ruqyah. Contohnya Ayat Kursi, ayat akhir Surah Al-Baqarah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Juga baca doa daripada hadis Nabi.
3. Sapu tubuh dengan tapak tangan. Baca 3 surah Qul kemudian tiup nafas ke tapak tangan lalu diusap ke tubuh. Jangan meludah ke tapak tangan. Cukup dengan tiup sahaja.
4. Guna media air.
5. Tawakal kepada Allah.
■ CARA RUQYAH MANDIRI:
Cara (praktek) melakukan ruqyah mandiri:
1. Jika ada tubuh yang sakit. Maka letak tapak tangan kanan ke tubuh yang sakit lalu baca doa.
2. Ruqyah sebelum tidur dengan usap tapak tangan ke tubuh.
3. Ambil air ludah dengan jari dan jari letak ke tanah kemudian jari dengan air ludah bercampur tanah diletak ke tempat luka sambil membaca doa.
4. Ruqyah mencegah sebelum kena sakit dengan memperbanyak membaca zikir istighfar.
5. Meruqyah dengan daun Bidara. Daun Bidara 7 lembar dihancurkan dengan ditumbuk atau di-blender kemudian dicampur air lalu dibacakan ayat-ayat ruqyah. Air campuran Bidara dibuat mandi. Lagi bagus dicampur dengan air Zamzam.
■ CONTOH SENARAI BACAAN RUQYAH:
Bacaan Ruqyah Syariah:
Mulakan dengan taawuz.
1. Al-Fatihah.
2. Al-Baqarah: 1-5
3. Al-Baqarah: 102
4. Al-Baqarah: 103-104
5. Ayat Kursi
6. Al-Baqarah: 285-286
7. Ali Imran: 18
8. Ali Imran: 26-27
9. Ali Imran: 85
9. Ali Imran: 190-194
10. Al-A'raf: 54-56
Ulasan: Dikatakan kesan bacaan ayat ini lebih keras terhadap jin.
11. Al-A'raf: 117-124
Ulasan: Juga bacaan yang keras kesannya terhadap jin.
12. Yunus: 79-82
Ulasan: Boleh baca diulang-ulang 10x sampai 30x.
13. Taha: 65-69
14. Al-Mukminun: 115-118
Ulasan: Boleh dibaca untuk menyedarkan orang pengsan. Biasa dipraktikkan oleh Syeikh Ahmad Al-Misri semasa beliau di Mesir. Ada dalil hadis tetapi hadis dhaif. Namun boleh diamalkan sebab hadis berkenaan fadail amal dan bukan berkenaan hukum.
15. As-Syu'ara: 43-48
16. As-Saffat: 1-10
Ulasan: Biasa cepat memberi kesan panas ke atas jin yang bersembunyi pada tubuh.
Cara baca ialah baca dengan tartil untuk memberi kesan khusyuk.
Surah Al-Zalzalah juga mempunyai kesan keras terhadap jin.
17. Al-Hasyr: 21-24
18. Al-Ikhlas
19. Al-Falaq
20. An-Nas
Digalakkan memghafal Ayat-ayat Ruqyah.
Doa-doa dari Hadis Nabi.
Banyak contoh diberi. Silakan menonton videonya.
Antaranya ialah doa "Auzubikalimatillahit tammatil lati la yujawizuhunna..." (doa yang diajarkan oleh malaikat jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w). Doa itu boleh dibaca ke air (nafas ditiup ke air) lalu air dipercikkan ke dinding rumah untuk tujuan ruqyah rumah.
Tamat.
Untuk mengikuti ceramah ruqyah mandiri yang lengkap, sila tonton videonya dengan klik link di bawah. In sya Allah.
Sumber:
Posting Sinar Ruqyah di FB Ruqyah Syar'iyyah Borneo Nusantara
22 Mei 2021
https://m.facebook.com/groups/254873908336669/permalink/1160772241080160/?mibextid=Nif5oz
Ulasan
Catat Ulasan