Langkau ke kandungan utama

10 FAKTOR KENAPA KESEMBUHAN TERBANTUT

1. Krisis Keyakinan.

Hati pesakit masih lagi ragu -ragu atau menolak, maka di sana ada krisis keyakinan yang menjadi benteng kuat yang menghijab langit. Kesalahan lainnya adalah, pasakit "hanya ingin diruqyah" bukan ingin kesembuhan. Akhirnya pesakit hanya menunggu waktu ruqyahnya dan tidak mendengar isi bimbingan dan kata nasihat perawatnya. Dia tidak faham mekanisme kesembuhan dengan ruqyah syar’iyyah.

Kenapa begitu? Ini adalah kerana :

(a) Tidak faham siapa yang menyembuhkan, akhirnya pesakit setiasa mengembara mencari "perawat hebat". Padahal ubat terhebat ada didalam dadanya.

(b) Tidak memahami makna kesembuhan yang sebenarnya. Kebanyakan pesakit mengharapkan kesembuhan jasmani saja tanpa melihat kepada qalbu/rohani yang menjadi sumber kepada   jasad/jasmani.

Jadi pesakit itu di ruqyahkan, dia akan fokuskan kepada sakit yang ditimbulkan syaitan, bukan fokus kepada bacaan yang dibacakan untuk terapi hati/qalbunya.

Di suatu sudut yang lain, pesakit sudah ingin sembuh tapi belum mahu berubah. Padahal Allah tidak hanya ingin menyembuhkan hamba-Nya, namun ingin mengubah kehidupan hamba-Nya. Akhirnya hamba Allah itu hanya mencari kesembuhan tanpa melakukan apa-apa perubahan pun, ia mencari kesembuhan tanpa mencari redha Allah yang menjadi inti atau sebab kesembuhan utamanya.

2. Pesakit Masih Dalam Lingkaran Kesyirikan.

Kadang2 pesakit tidak tahu bahwa syirik itu ada tingkatan dan jenisnya, mereka hanya tahu syirkul akbar (syirik besar dan nyata semisal melakukan ritual dan berlindung kepada syaitan dengan kekayaan, kesaktian dll) tanpa tahu syirik lain seperti syirku khofin (syirik ketakutan), syirkul mahabbah (syirik kecintaan), syirkut ta'ah (syirik ketaatan), sampai kepada syirku ashgrar (syirik halus/riak) yang membahayakan.

Ini jelas bahaya, Sebagai contoh, dia masih mabuk cintakan kepada dunia maka dia sudah masuk kedalam lingkup syirkul mahabbah hingga diajak untuk sedekah saja pelik.

3. Tiada Komitment dengan Al Qur’an dan Sunnah.

Pesakit tidak istiqamah dalam mengikuti jalan sunnah, atau ia masih tertarik dengan keindahan dunia yang sementara. Bahkan dia masih bergantung kepada doktor atau selain daripada Qur'an dan Sunnah.

4. Mengeluh dan Berputus Asa dari Rahmat Allah Azza Wajalla.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah mengatakan, bahawa “Putus asa itu lebih teruk daripada kematian! Jika kematian hanya memisahkan jasad dengan roh, maka putus asa memisahkan antara roh kita dengan Allah azza wa jalla”.

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". (Yusuf: 87).

5. Pesakit Tidak Mahu Memperbaiki Keadaan Hatinya.

Pesakit masih enggan bersilaturahim yang menjadi penyebab terbesar timbulnya kedengkian. Apalagi perbuatan derhaka kepada kedua orang tua dan saudara sendiri. Bahkan Allah menyifatkan orang yang berbuat derhaka kepada kedua orang tuanya sebagai orang yang jabbaar syaqiy 'orang yang sombong lagi celaka'.

Tentang hal ini Allah SWT berfirman: "Dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka". (Maryam: 32).

6. Tidak Mahu Bertaubat dan Merasa Aman dari Dosa.

Taubat adalah menyesal, namun seorang manusia tidak akan pernah bertaubat sehingga ia mengerti kesalahannya sendiri. Dengan merasa aman dari ancaman Allah, secara tidak langsung kita meremehkan Allah Subhannahu wa Ta’ala, dan selanjutnya kita akan enggan bertaubat dan terus melakukan dosa. Padahal dengan menjalani kehidupan, hakikatnya kita sedang berjalan menuju kematian. Naudzubillahi min dzalik.

7. Tidak Kenal Musuh Sendiri.

Kerana lemah pengetahuan, pesakit tidak tahu siapakah musuhnya sendiri. Dia tidak tahu tipu daya iblis dan sejauh mana kesannya kepada anak Adam.

8. Masih Selesa Bersahabat dengan Syaitan.

Termasuk dalam hal ini, manusia masih selesa jadi pengikut syaitan tanpa rasa ingin untuk bangkit menyerang dan memusuhinya (walaupun mulutnya sentiasa mengatakan ia musuh syaitan tetapi perbuatannya tidak mengambarkan ia memusuhi syaitan ).

9. Tidak Kenal dengan Ruqyah Mandiri.

Ini salah satu kesalahan terbesar pesakit, meskipun sentiasa di ruqyahkan namun mereka tidak kunjung bebas dari sihir gangguan, dia menggantungkan dirinya kepada peruqyah lain. Selain merupakan kesyirikan gaya baru, pesakit menunjukkan kelemahan dan kemalasannya untuk melawan dan menghancurkan pengaruh syaitan dalam dirinya.

10. Tidak Memperkukuhkan Benteng/Pagar Diri.

Salah satu tugas perawat adalah ikhtiar untuk mengeluarkan jin atau memutus belenggu sihir dalam diri pesakit. Adapun kembalinya jin ke dalam tubuh pesakit setelah keluar adalah tugas pesakit.
.
Kesalahan ke 10 adalah, pesakit tidak punya amalan yang akan membentenginya dari syaitan atau amalan sunnah yang akan membentengi hatinya dari bisikan syaitan. Untuk membangun benteng ghaib, selain mengukuhkan amalan wajib dan amalan sunnah. Pesakit perlu menghindari dosa-dosa besar yang menghalangi turunnya Rahmat Allah dalam proses penyembuhan dengan Ruqyah Syar’iyyah.

Pesakit perlu :-

(a) Menjaga keikhlasan dalam setiap keadaan.
- Iblis sudah bersumpah untuk menjerumuskan seluruh manusia, kecuali orang mukhlisin (orang ikhlas). - Ikhlas merupakan benteng yang tidak akan pernah bisa ditembus iblis.Cuba lihat kembali surah al Hijr ayat 39-40.

(b) Selalu memohon perlindungan Allah.
- Menempatkan Allah dihati sebagai tempat bergantung dan berlindung dimanapun berada.

(c) Tadabbur Al Qur’an.
- Menghiasi dan menghidupkan rumah dan jiwaraga kita dengan al-Qur’an. Setidaknya membaca 10 Ayat Al-Baqarah (1-4, 255-257, 284-286), al Falaq dan An Naas selepas Maghrib.

(d) Menghindari zina, riba dan dosa-dosa besar lain.

(e) Menjauhi riba
- Tentang hal ini Allah SWT berfirman: "Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila". (Al-Baqarah: 275)

(f)  Dhawamul wudhu, bangun Qiyamullail, menjaga pandangan, lisan, perut, kemaluan, tangan dll.

(g) Berdoa ketika keluar rumah, masuk masjid, masuk bilik mandi dan ketika mau tidur.

(h) Membaca Dzikir “Lailaaha illallahu, wahdahu laa syariikalahu, lahulmulku walahul hamdu, wahua ‘ala kulli saiyiing qadiir” 100 kali selepas subuh.

(i) Ambil wudhuk dan baca Ayat Kursi serta 3 Qul sebelum tidur.

.
#ARASH
#QHI_Malaysia
#CRS_Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal