Langkau ke kandungan utama

IKHTIAR RAWATAN BARAH/ KANSER

DOA RAWATAN :

1) Al-Fatihah dibaca 1 kali (adalah lebih baik dibaca dengan 1 nafas).

2) Surah al-Ikhlas dibaca 4 kali  
(adalah lebih baik dibaca dengan 1 nafas).

3) Surah Pengecil Bengkak :
(Rujuk Gambar)

4) Surah al-Qalam ayat 1-3 (adalah lebih baik dibaca dengan 1 nafas).
____________________________

BAHAN RAWATAN :

a. Air
b. Mangkuk putih yang tidak mempunyai sebarang corak tulisan.
c. Rumput Sambau keseluruhannya, termasuk daun, batang dan akar yang telah dibersihkan dari kotoran.
d. Kapur kulit kerang ( kapur yang diperbuat daripada kulit kerang, bukan kapur batu).
____________________________

KAEDAH PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN :

1) Bacakan kombinasi doa rawatan penyakit barah pada bahan-bahan yang dinyatakan kecuali mangkuk putih.
(Peringatan: Jangan sentuh akar rumput sambau dengan tangan setelah doa di bacakan).

2) Masukkan kapur kulit kerang ke dalam mangkuk putih kemudian tuangkan air. Pastikan kuantiti air tersebut tidak menyebabkan kapur menjadi terlalu cair atau terlalu pekat.

3) Bancuhan air dan kapur hendaklah dikacau dengan akar rumput sambau iaitu tangan memegang batang rumput sambau manakala akarnya mengacau kapur. (seperti mengacau cat menggunakan berus cat).

4) Semasa mengacau kapur, bacalah doa yang dinyatakan.

5) Sapukan bancuhan tersebut di tempat yang sakit dengan menggunakan dengan menggunakan akar rumput sambau.

6) Sapu bancuhan tersebut berulang-ulang. Lakukan selama 3 hari dengan rumput sambau dan bancuhan kapur yang sama. Selepas 3 hari, hendaklah dibancuh bahan yang baru.
 ___________________________

PERINGATAN SEMASA PENYEDIAAN BAHAN :

1) Rumput sambau dan kapur kerang terlebih dahulu hendaklah didoakan.

2) Mangkuk yang digunakan ialah yang berwarna putih tanpa sebarang corak dan tulisan.

3) Rumput sambau yang diambil hendaklah berserta dengan akarnya, muda dan masih baik serta tidak ada tanda dipijak-pijak orang atau diragut binatang.

4) Kapur kulit kerang dibuat daripada kulit kerang yang telah dibakar dengan api yang kuat.
____________________________

Bahan Tambahan :
Bagi tujuan untuk diminum, boleh menggunakan pokok KENERAK. 
Pokok tersebut hendaklah direbus dengan menggunakan mana-mana bahagian pokok sama ada kayu, daun ataupun akarnya. Penawar ini amat sesuai bagi pesakit yang menghidapi penyakit barah tulang. 
____________________________

Rujukan/Sumber : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (2011) Rawatan Penyakit Jasmani (I). Jilid 2.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal