Assalamualaikum para sahabat yang dikasihi semua. Semoga dirahmati oleh Allah.
Saya nasihatkan pesakit yang ingin melakukan ruqyah mandiri agar menyimpan diari samada dalam bentuk buku atau dalam hp. Buat catatan reaksi yang dialami semasa & setelah melakukan ruqyah mandiri.
Saya juga sarankan antara program ruqyah mandiri pesakit ialah dengan mendengar mp3 bacaan ayat-ayat Al-Quran selama 2 jam (atau lebih) setiap hari. Paling kurang lakukan selama 60 hari.
Dengan adanya catatan diari, boleh disemak progress atau proses kesembuhan pesakit dan dengan itu boleh dikaji dimana pesakit buat silap. Contohnya, tidak konsisten / istiqamah mendengar mp3 bacaan ayat-ayat Al-Quran, tidak mendengarnya sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari dan sebagainya.
Apabila peruqyah dapat semak progress (perkembangan), maka peruqyah dapat monitor & menyarankan tindakan-tindakan lanjut yang sesuai kepada pesakit.
Selepas ini saya berikan contoh catatan diari.
👇
■ SEDIAKAN DIARI RAWATAN
Diari boleh ditulis dan disimpan dalam hp.
Buat catatan setiap hari, seperti berikut:
1. Catat tarikh dan masa membuat amalan ruqyah mandiri.
2. Catat jenis rawatan mandiri yang dilakukan.
3. Catat reaksi yang berlaku dan masa berlaku terutama jika reaksi tidak spontan.
Saya berikan contoh diari:
▪︎1.08.2021
▪︎8:00 pagi
Baca ikrar pemutus hubungan jin.
Reaksi:
Sukar membaca sehingga habis.
Muntah selepas membaca.
▪︎8:15 pagi
Mendengar mp3 bacaan Yasin oleh Syeikh Faris Abbad.
Selepas itu sambung dengar mp3 bacaan ruqyah oleh Syeikh Majid Zamil.
Dengar selama 45 minit.
Tiada apa-apa reaksi. Cuma rasa sangat mengantuk.
▪︎11:00 mlm
Sebelum tidur saya baca Tasbih Nabi Yunus sebanyak 100x.
▪︎2.08.2021
▪︎6:00 pagi
Semasa bangun pagi, badan terasa berat.
Saya bermimpi tapi ingat-ingat lupa. Yang saya ingat saya dibawa masuk kereta dan diajak bersiar-siar dalam kereta.
Begitulah contoh diari. Daripada diari itu pesakit dapat monitor perkembangan yang berlaku pada diri pesakit. Juga dengan diari, pesakit senang beritahu peruqyah apa yang pesakit telah buat.
Wallahu a'lam.
Disediakan oleh:
Sinar Ruqyah
2022
Ulasan
Catat Ulasan