1. Mengagumi bentuk tubuh atau penampilan.
2. Kosong dari zikir.
3. Sihir.
👉Berikut ciri² khusus orang yang dicintai oleh jin pencinta :
1.Jin ini akan mengingatkan kita saat² yang romantik dimasa lalu.
Biasanya selepas itu akan terjadi kesan lebam di daerah peha.
2. Ketika tidur sendirian terasa ada yang tidur di sebelah atau dengar suara nafas.
3. Sering mimpi persetubuhan yang sempurna.
4. Menganggu hubungan suami isteri
5. Keinginan kuat untuk melakukan masturbasi (wanita) atau onani
6. Terkadang rasa ada yang menggelitik bahagian alat sulit dan membuatnya terangsang.
7. Sering mimpi didatangi atau mendatangi lelaki.
8. Mimpi bercumbu bahkan sampai terjadi persetubuhan.
9. Sukar klimaks ketika bersama pasangan.
Tujuannya agar mereka bosan dan tidak suka berhubungan dengan pasangan.
10. Kadang jin mengkhayalkan kejadian² romantik agar terangsang dan mudah untuk diajak bersama.
11. Mudah jatuh cinta dan suka baca perkara² berkaitan seks dan melihat gambar² lucah.
12. Selalu ingin agar malam cepat datang, kerana mengharapkan mimpi berulang.
13. Untuk yang masih bujang akan sukar bernikah.
14. Untuk isteri akan sukar hamil.
15. Ingin terus menyendiri dan senang tempat gelap.
16. Merasa ada tangan yang mengelus dan meraba-raba daerah² sulit pada tubuhnya.
17. Merasa hawa panas di daerah lutut, aurat dan duburnya.
18. Merasa ada seseorang yang memeluk dari depan atau belakang.
19. Merasa getaran kuat pada kemaluan dan dubur.
20. Bagi isteri ketika melihat suaminya dia rasa sesak bahkan mau muntah.
Sukar sekali melayani suami setelah itu rasa hairan dan menyesal.
21. Selalu mengkhayalkan persetubuhan.
22. Khusus untuk lelaki pula ia akan sukar ereksi.
Ketika mendekati isterinya ia rasa sesak dan zakarnya layu. Biasanya jin jenis ini masuk melalui SIHIR. Tandanya sering mimpi bernikah. Demikian juga wanita akan sering mimpi bernikah atau menyusui bayi
23. Lelaki sering mimpi wanita telanjang dan mengajak untuk berzina demikian sebaliknya bagi wanita.
👉Berikut ciri² mimpi persetubuhan akibat dicintai jin:
1. Dalam mimpi tersebut ia merasakan seolah² telah melakukan persetubuhan yang sempurna dan dengan siapa ia melakukannya.
Keadaan ini berlaku dalam keadaan antara sedar dan tidur, maka dia akan mengalami salah satu dari tiga kedaan berikut:
a. Jin menjelma dalam bentuk lelaki atau perempuan.
Hubungan seksual benar-benar terjadi dengan cara ini. Salah satunya jin dan satu lagi manusia. Cara ini berlaku ketika manusia dalam keadaan sedar. Cara ini sangat jarang berlaku.
b. Hubungan seks benar² terjadi dengan cara yang jelas, alami dan kuat, cuma manusianya tidak melihat jinnya, tetapi dia merasakan seolah-olah seorang lelaki sedang menyetubuhi isterinya atau sebaliknya. Biasanya ini terjadi waktu terjaga, mirip diperkosa. Keadaan ini juga jarang berlaku.
c. Hubungan seksual benar² terjadi dengan seseorang yang mungkin dikenal atau tidak. Keadaan ini terjadi antara tidur dan terjaga. Kebanyakan mimpi bersetubuh hasil daripada pengaruh jin pecinta itu terjadi dengan cara ini.
4. Ketika tidur merasakan ada yang aneh di bahagian kemaluan seolah² sedang bersetubuh dan kakinya mengejang sendiri kemudian didapati kemaluannya tegang atau basah atau rasa seperti kemaluannya dirangsang. Ini terjadi antara tidur dan sedar.
👉Bagaimana bersetubuh dengan jin pecinta itu terjadi?
1. Berlakunya persetubuhan dalam keadaan sedar. Ini sangat jarang berlaku. Ini berlaku kerana jin merubah bentuknya menjadi manusia.
2. Mimpi bersetubuh dengan jin itu terjadi melalui rangsangan saraf yang ada pada alat kelamin dan ia menghasilkan kenikmatan bersetubuh dari dalam tubuh. Ini terjadi antara tidur dan sedar. Cara ini paling kerap berlaku.
👉Beza antara mimpi baligh dan mimpi bersetubuh dengan jin pencinta adalah :
1. Mimpi kerana baligh tidak ada permulaannya sedangkan mimpi bersetubuh dengan jin adalah daripada persetubuhan yang sempurna.
2. Mimpi kerana baligh terjadi ketika nyenyak tidur sedangkan mimpi bersetubuh dengan jin berlaku ketika tidur yang ringan dan sedar apa yang berlaku bahkan ia ikut serta dalam jimak serta ia menikmatinya.
3. Mimpi kerana baligh jika berulang ia berlaku dalam jangka waktu yang lama sedangkan mimpi bersetubuh dengan jin akan berulang dalam waktu yang singkat. Ia boleh berlaku setiap hari atau boleh berlaku lebih daripada sekali dalam sehari atau terjadi pada hari² tertentu dalam seminggu atau lainnya.
4. Mimpi kerana baligh biasanya jasmaninya akan terganggu. Dadanya akan rasa sesak setelah sedar. Sedangkan mimpi bersetubuh dengan jin biasanya ia rasa jiwanya tenang dan senang kerana sudah menyalurkan syahwatnya dan mendapatkan kenikmatan.
Dalam beberapa keadaan orang yang mimpi bersetubuh dengan jin akan rasa resah dan sakit yang tak tertahan.
Jika ia seorang wanita ia akan sentiasa rasa sakit di daerah rahim. Bagi lelaki pula biasanya akan timbul peradangan di prostat. Ia juga akan rasa sangat sakit pada tulang belakang bahagian bawah.
👉Beberapa trik yang dilakukan oleh jin pecinta agar dia dapat diterima oleh manusia yang dicintainya:
1. Jin pecinta ini mendatangi seorang isteri lewat mimpi dalam bentuk suaminya dan menyetubuhinya sebagaimana seorang suami menyetubuhi isterinya.
Tentu isteri akan rasa senang dan bereaksi dengan jin ini, lalu ketika bangun isteri ternyata hanya bermimpi bukan nyata. Jin melakukan cara tersebut agar isteri itu tidak menolaknya.
2. Jin pecinta akan menimbulkan keluhan² seperti tersebut di bawah. Tujuannya agar isteri bosan dengan suaminya dan begitulah sebaliknya. Akibatnya isteri atau suami ini lebih suka bercinta dalam mimpi kerana lebih cepat terangsang dan pasti menemukan klimaks:
1. Suami akan sulit ereksi
2. Suami akan cepat klimaks.
3. Suami akan dibuat lebih suka untuk melakukan onani oleh jin ini.
4. Suami akan selalu dibuat emosional dan selalu terjadi pertengkaran.
5. Suami dibuat selalu curiga.
6. Kalaupun terjadi persetubuhan jin ini akan buat isteri susah klimaks.
Ketika keluhan² itu terjadi, maka isteri akan sedih, cemas dan sakit kepala sebab hormon akan berlebihan yang disebabkan oleh tidak keluarnya mani.
Semua keluhan diatas adalah trik jin pecinta agar isteri selalu memikirkan mimpi² persetubuhannya dan selalu tidak sabar datangnya malam kerana menanti mimpi² berikutnya.
Ulasan
Catat Ulasan