✳️1) SIHIR PEMISAH
GEJALA-GEJALA SIHIR PEMISAH
1. Membalikkan keadaan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
2. Munculnya keraguan yang sangat banyak di antara kedua belah pihak.
3. Tidak ada yang bisa menerima alasan.
4. Memperbesar sebab-sebab perselisihan, meski sebenarnya hanya sebab kecil.
5. Membalikkan atau merubah rupa wajah suami di mata isterinya dan rupa wajah isteri di mata suaminya. Dalam hal ini, seorang suami akan melihat isterinya tampak begitu buruk—meski sebenarnya isterinya itu termasuk wanita yang cantik—. Pada hakikatnya, syaitanlah yang ditugasi untuk melakukan sihir itu yang telah merubah rupa wajah isterinya dalam wujud yang sangat buruk. Demikian juga dengan isterinya, dia melihat rupa wajah suaminya tampak begitu menakutkan dan menyeramkan.
6. Kebencian kedua belah pihak yang disihir terhadap apa saja yang dikerjakan oleh masing-masing pihak.
7. Kebencian kedua belah pihak yang disihir kepada tempat yang didiami oleh masing-masing pihak. Kerananya, seorang isteri akan merasa jika suaminya di luar rumah, maka ia tampak dalam kondisi psikologis yang sangat baik, tetapi jika masuk rumah, jiwanya akan merasa sangat tertekan.
Al-Hafizh Ibnu Katsir mengatakan: “Sebab pemisahan antara suami isteri akibat sihir adalah bayangan suami atau isteri terhadap masing-masing pihak dari keduanya, berupa pemandangan atau akhlak yang sangat buruk dan sebab-sebab lain semisalnya yang menyeret kepada perceraian.”
✳️2) SIHIR PENGASIH
Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan
Di antara tanda-tandanya:
1. Gelora cinta yang membuak-buak.
2. Sukar mengawal cintanya.
3. Rindu bayang yang berlebihan.
4. Patuh secara membuta tuli.
✳️3) SIHIR PUKAU
1) Menyebabkan seseorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota Badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.
2) Menyebab mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Bagaimana terjadi pukau?
1) pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (memberi salam dan mengarahkan).
2) Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah menyebut : “Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”
Di antara tanda-tandanya:
1. Melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
2. Melihat benda kecil menjadi besar dan sebaliknya.
3. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.
✳️4) SIHIR GILA
Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.
Di antara tanda-tandanya:
1. Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
2. Cakap merapu.
3. Mata layu.
4. Tak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini. Tak boleh diam setempat.
5. Tak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
6. Pakaian selekeh. Tak pedulikan penampilan diri.
7. Berjalan tak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.
✳️5) SIHIR MEMBUATKAN SESEORANG TAK BERMAYA
Di antara tanda-tandanya:
1. Suka berseorangan.
2. Menutup/memencilkan diri sepenuhnya.
3. Diam berterusan.
4. Tidak suka bertemu orang.
5. Fikiran melayang.
6. Selalu pening.
7. Lesu dan tidak bermaya
✳️6) SIHIR PANGGILAN
Di antara tanda-tandanya:
1. Selalu mengalami mimpi ngeri.
2. Selalu dengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.
3. Selalu was-was.
4. Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
5. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
6. Mimpi melihat haiwan mengejarnya.
✳️7) SIHIR PENYAKIT
Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.
Untuk sihir ini, mangsa sihir akan menderita penyakit tertentu. Sebagai contoh jika disihir menjadi lumpuh, maka orang yang terkena sihir benar benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tiada sebarang simptom yang menyebabkannya lumpuh.
Di antara tanda-tandanya:
1. Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
2. Saraf tersumbat.
3. Lumpuh salah satu anggota tubuh.
4. Lumpuh menyeluruh.
5. Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
✳️8) SIHIR PENDARAHAN
Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut : “Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”
Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.
Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.
Tandanya mudah untuk dikenali. Seorang perempuan yang terkena sihir ini akan mengalami masalah kedatangan haid yang tidak berhenti henti, ataupun tempohnya lebih panjang dari kebiasaan. Dan sebelum-sebelum ini masalah haid begini tidak pernah berlaku kepada dirinya
✳️9) SIHIR MENGHALANG PERNIKAHAN
Jin sihir akan melakukan kerjanya dengan salah satu antara dua cara:
1. Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia rasa benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
2. Jin tersebut tak boleh masuk lalu menyihir ‘menipu penglihatan’ dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.
Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju.
Di antara tanda-tandanya:
1. Pening kepala yang berterusan, tak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
2. Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
3. Melihat pelamar bermuka hodoh.
4. Banyak berfikir (fikiran melayang).
5. Selalu gelisah waktu tidur.
6. Selalu rasa sakit di perut.
7. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
.
✳️10) SIHIR MATI PUCUK
A) Kepada lelaki :
1) sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi.
2) alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsi.
3) Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi.
B) Kepada perempuan :
1) Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri.
2) Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan.
3) Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.
Syaitan daripada sihir ini berpusat di dalam otak lelaki, pastinya pada pusat rangsangan seksual yang mengirimkan isyarat-isyarat ke organ-organ peranakan, kemudian meninggalkan alat-alat peranakan tersebut bekerja sebagaimana biasa.
Apabila seseorang mendekati kepada isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual, maka syaitan akan memberhentikan pusat rangsangan seksual kedalam otaknya, maka berhentilah isyarat-isyarat yang akan dikirim ke seluruh organ-organ yang akan menghantarkan darah ke dalam alat kelamin yang boleh menyebabkannya menjadi tegang. Pada saat itu darah akan kembali dari alat kelamin lelaki dengan cepat, maka alat kelamin itupun akan lemah dan mengendur.
Kadangkala kita mendapati lelaki yang memiliki dua isteri, ia terikat dengan salah satu dari keduanya, kerana syaitan sihir hanya memberhentikan fungsi pusat rangsangan seksual pada salah seorang sahaja dari dua isterinya itu.
.
✳️11) Sihir Lemah Tenaga Batin
Perhubungan suami isteri yang memakan masa hanya seketika kerana mengambil masa yang lama untuk persediaan melakukan hubungan.
✳️12) Sihir Santau
Santau di bahagikan kepada dua bahagian:
1) Santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di tujukan kepada seseorang.
2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang tersebut akan Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.
PANTANG MAKANAN PESAKIT SANTAU
1) Semua jenis Limau.
2) Cuka
3) Nenas
4) Rebung
KURANGKAN MAKAN :
1) Makanan Pedas
2) Makanan Berminyak
3) Air batu dan udara sejuk
4) Buah yang masam dan jeruk.
PANTANG PERBUATAN :
Tidak boleh bekerja kuat atau mengangkat barang-barang Berat.
RAWATAN :
1) Tenangkan fikiran dengan amalan membaca Al-Quran dan Zikir.
2) Amalkan sunnah
3) Ambil Makanan Sunnah.
4) Ambil herba yang disyorkan oleh perawat berpengalaman.
MENGETAHUI DIRI TERKENA SANTAU
Bagi menguji diri sendiri akan kehadiran Santau adalah dengan memerah beberapa titik air limau ke dalam mulut sebelum tidur pada waktu malam.
Kenapa limau? Bahan santsu sangat sensitif dengan limau nipis.
Pemerhatian !!!
Sekiranya tidak ada sebarang masalah dan pesakit boleh tidur tanpa sebarang gangguan, pesakit itu boleh dikatakan tidak terkena santau.
Antara tidak balas Segera selepas mencuba minum perahan air limau tadi pesakit akan mendapati dirinya berasa :
1) Sesak Nafas.
2) Sakit dada.
3) Bermimpi ngeri.
4) Terjaga dari tidur (Terkejut).
5) Tidak dapat tidur malam.
Sekiranya terdapat tanda-tanda ini, KEBARANGKALIAN untuk pesakit terkena santau adalah tinggi.
Bagaimanapun hadir dan dapatkan nasihat perawat yang mahir untuk kepastian.
Rujukkan : Buku Kaedah Merawat Santau. Oleh Tn.Haji Mokhtar Kassan dan Almarhum Tuan Guru Harun Din.
Makanan pedas tu Kurangkan, bukan tak boleh sebab kalau pesakit ada masalah kronik, nanti ada kompilasi pada anggota badan
Selalunya pesakit santau ada masalah perut, hati dan paru-paru di sebabkan batuk yang teruk serta lelah
✳️13) Sihir Penutup
Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.
Ulasan
Catat Ulasan