Sebenarnya terlalu banyak cara yang boleh dilakukan oleh tukang sihir. Di dalam post ini saya akan kongsikan 4 cara dengan anda.
1) Tukang sihir akan menggunakan medium makanan atau minuman. Ini bermaksud orang yang hendak disihir mestilah diperdaya agar memakan dan meminum makanan/minuman yang telah dimasukkan dengan sihir.
2) Dengan menggunakan tanah kubur. Kenapa tanah kubur? Itu saya tak pasti. Tapi mungkin ianya adalah sebagai syarat yang ditetapkan oleh jin. Tujuan jin meletakkan syarat ini adalah sebagai simbolik yang menandakan bahawa tukang sihir ni telah memperhambakan dirinya kepada jin tadi.
Apa yang akan dilakukan dengan tanah ini?
Ianya akan ditabur dijalan yang selalu dilalui oleh orang yang hendak disihir. Jadi bila setiap kali tanah ini dilangkah, maka kesan sihir akan berlaku kepada mangsa sihir.
3) Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir. Inilah cara yang digunakan oleh Labid bin Al-Asam untuk menyihir Rasulullah.
Menurut hadis sahih riwayat Saidatina A'ishah r.anha, rambut rasulullah tu dibalut dengan pelepah tamar dan dibungkus bersama-sama dengan patung yang diukir menyamai Rasulullah.
Dan patung itu dicucuk dengan 11 bilah jarum dan juga dikat dengan 11 simpulan, dan ditanam di dalam perigi Zarwan.
4) Melalui angin yang bertiup. Di mana tukang sihir akan menggantungkan suatu bungkusan (sebagai contoh) yang telah dijampikan dengan mentera sihir yang mengandungi nama orang yang hendak disihir.
Apabila angin bertiup dan bungkusan yang digantung tadi terbuai, maka ketika itulah kesan sihir akan muncul kepada oang yang hendak disihir.
Dengan apa yang telah saya kongsikan ini, anda dapat melihat seni bagaimana sihir itu diaplikasikan ke atas diri mangsa.
Bila saya sebut seni, bukanlah bermaksud saya nak mencantikkan perbuatan sihir itu. Apa yang saya nak maksudkan ialah, sihir ni terlalu halus dan sangat susah untuk dijelaskan secara terperinci. Ianya adalah suatu ilmu yang boleh dipelajari tetapi hukumnya haram.
Hanya tukang sihir sahaja yang dapat menjelaskan secara detail dan tepat bagaimana sihir itu dilakukan.
Oleh itu, pengharapan kepada Allah sahajalah yang dapat menyelamatkan diri kita daripada menjadi mangsa kejahatan tukang-tukang sihir.
Ulasan
Catat Ulasan