Langkau ke kandungan utama

AL-KAFI #648: PERAWAT "MENURUN" DALAM RAWATAN

Soalan: Apakah hukum berubat dengan seseorang dengan kaedah “menurun”? 

Jawapan: 

Menurun adalah satu keadaan di mana seseorang itu dikuasai oleh jin atau jin-jin yang meresap dalam jasad, menyebabkan individu berkenaan tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri. Upacara-upacara dan tindak-tanduk yang dilakukan setelah itu bergantung kepada tujuan menurun itu dilakukan. 

Menurun ini dapat difahami dalam tiga bentuk; tahdir al-arwah (menghadirkan roh-roh) ataupun tanasukh al-arwah (persalinan roh/reinkarnasi) dan istinzal al-arwah. Kebiasaannya ia merujuk kepada kaedah yang sama. Bomoh atau pawang yang sedang melakukan rawatan akan “berubah” menjadi “individu lain” dengan suara dan perwatakan yang berbeza. Ada yang memperkenalkan diri sebagai Bonda, Raja Bunian, pahlawan tertentu atau wali-wali dan nabi-nabi tertentu. 

Memetik fatwa oleh Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi berhubung amalan tahdir al-arwah, beliau menyatakan bahawa ianya tidak mempunyai asas daripada al-Qur’an dan al-Sunna serta satu pembohongan semata-mata. (al-Fatawa, m. 19) 

Firman Allah SWT, 

وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُمْ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ 

Maksudnya: Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). 

(Surah Fussilat: 25) 

Melibatkan bantuan daripada jin adalah salah satu bentuk syirik kepada Allah SWT. Walaupun ianya mungkin boleh berhasil (dengan izin Allah jua), amalan tersebut tetap bersalahan dengan syarak, berdasarkan ayat al-Qur'an di atas. Jin dan syaitan akan sedaya upaya menyesatkan manusia dengan pelbagai cara apatah lagi yang kelihatannya baik dan tidak bertentangan dengan Islam. 

Kesimpulan 

Firman Allah SWT, 

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا 

`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. 

(Sura al-Jin: 6) 

Kami berpandangan bahawa pengamalan menurun adalah syirik dan haram dilakukan. Bagi yang pernah terlibat, hendaklah bertaubat kepada Allah SWT. Mesyuarat Panel Kajian Aqidah ke-25/2003 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil keputusan bahawa pengamalan tahdhir arwah adalah haram. Kami menyeru umat Islam supaya meninggalkan amalan-amalan yang membawa kepada syirik dan khurafat dan mempercayainya. Usaha dan ikhtiar yang ingin dilakukan untuk merawat apa jua masalah, hendaklah menepati kehendak syarak.


Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
24 Julai 2017


☆☆☆☆☆ 

Sila klik link: 

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/742-al-kafi-648-perawat-menurun-dalam-rawatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal