Langkau ke kandungan utama

HUKUM GUNA WAFAQ NUBUWWAHOleh: Panel Kajian Aqidah,JAKIM

Panel Kajian Aqidah kali ke-45/2012 telah memutuskan bahawa kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" dengan gambar rajah tertentu, tulisan tertentu dan khasiat tertentu adalah tidak mempunyai sebarang asas daripada al-Qur'an dan al-Sunnah. Kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" seperti yang dinyatakan adalah perbuatan khurafat dan bid'ah munkarah serta boleh membawa kepada syirik.

Imam al-Zurqani menjelaskan, “Syaikh al-Islam al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam Fath al-Bari, apa yang warid bahawa khatam itu seperti kesan berbekam…atau termaktub di atasnya “Muhammad Rasulullah” sebagaimana dalam Tarikh al-Hakim dan lainnya atau perkataan “berjalanlah sesungguhnya engkau dibantu” sebagaimana dalam al-Nawadir, tiada satu pun yang sabit bahkan sesetengahnya batil (palsu) dan sesetengahnya dha’if”. (Syarh al-Zurqani ‘ala al-Mawahib al-Ladunniyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah 1996:1/293.)

Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqr, bekas Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar pula mengatakan: “Khatam al-Nubuwwah memang tersebut dalam hadith-hadith sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Ia merupakan seketul daging yang tumbuh di atasnya beberapa helai rambut di antara dua bahu Nabi SAW...dan telah sampai riwayat-riwayat lain tentang sifat tanda ini, antaranya ada yang palsu dan bohong, antaranya juga ada yang dha’if dan tidak boleh dijadikan rujukan, antaranya juga yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi al-Hakim, dia bukan al-Tirmizi Sahib al-Sunan, bahawa termaktub pada batinnya “Allah Maha Esa, tiada sekutu baginya” dan pada zahirnya “Hadapkan muka anda ke manapun, anda pasti diberi pertolongan”. Riwayat ini karut sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari. Dari sini dapat dimaklumi bahawa apa yang tersebar berkenaan bentuk tanda ini adalah tidak benar, dan apa yang dihubungkan dengannya juga tidak ada kebenarannya dalam agama ini” (Fatawa al-Azhar: 8/125)

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻: Artikel diatas ditulis oleh ustaz Dr. Mohd Aizam Bin Mas'ud.Beliau memiliki PhD bahagian Akidah dan Pengajian Islam.Pernah diberi kepercayaan sebagai panel pakar akidah JAKIM,panel kajian akidah Jabatan Agama Islam Perak,Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikian JAKIM dan banyak lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

ANTARA SIMPTOM SIMPTOM TERKENA SIHIR MAKAN MINUM

Sesiapa yang ada simptom simptom ni maksudnya ada buhul sihir di dalam usus besarnya.  1. Perut sering memulas @ ada gangguan perut  2. Nafsu makan hilang @ ada nafsu makan tapi tak boleh makan walaupun lapar  3. Sering muntah @ nak muntah khususnya ketika bangun tidur  4. Ada nafsu makan tapi setelah makan lapar lagi 5. Sering muntah setelah makan @ minum 6. Melihat bayangan @ imaginasi @ rasa ada orang panggil tapi bila check tiada orang 7. Takut berlebihan terutama ketika bersendirian 8. Rasa ada orang dibelakang @ mengikutnya terutama di tempat gelap @ rasa ada angin di tepinya 9. Tak suka makan timun Jepun @ labu kuning @ sangat suka memakannya tapi setelah ada gangguan jadi sebaliknya 10. Setelah ada gangguan tiba2 jadi tak suka terhadap makanan kegemarannya  @ setelah ada gangguan tiba2 jadi suka terhadap makanan tertentu 11. Perut kembung 12. Sentiasa rasa mual. Dada dan perut rasa panas. Bila minum panas itu turun ke perut dan rasa keasaman 13. Nafsu ma...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal