Langkau ke kandungan utama

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan kesan sihir dari tubuh badan anda?

Bagi memahami perkara ini, kita kena melihat dan memahami hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina A'ishah r.anha yang menceritakan tentang Nabi disihir.

Saya tidak bercadang untuk menulis hadis tersebut di sini kerana ianya sebuah hadis yang panjang. Tetapi anda boleh mencarinya di internet.

Di dalam hadis tersebut, Allah telah mengutuskan 2 malaikat untuk berjumpa Nabi dan memaklumkan kepada Nabi bahawa Baginda sebenarnya telah disihir.

Dan barang yang digunakan untuk menyihir Baginda ialah rambut Baginda sendiri.

Apakah kesan yang dialami oleh Nabi akibat sihir tersebut?

Selain dari menjadi keliru tentang perkara-perkara yang Nabi lakukan, badan-badan Nabi menjadi sakit dan terasa seperti diikat.

Kenapa Nabi rasa begitu?

Kerana tukang sihir telah membuat sebuah patung yang menyerupai Nabi. Kemudian dicucuk dengan 11 jarum dan diikat dengan 11 simpulan.

Diringkaskan cerita, apabila Nabi mengambil barang sihir tersebut, Nabi merungkaikan barang sihir tersebut sambil membaca Surah Al-Falaq dan An-Nas, maka dengan izin Allah terus hilang sakit-sakit di badan Nabi dan Nabi rasa seperti terlepas dari ikatan-ikatan.

Dan dengan izin Allah akhirnya Nabi pun sembuh dari sihir tu.

Jadi, pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah;

1) Untuk menghilangkan kesan sihir pada badan anda, hendaklah dicari barang sihir dan dirungkaikan barang sihir tersebut. InshaaAllah dengan itu akan hilangkah semua kesan-kesan sihir dengan izin Allah.

2) Untuk mencari barang sihir, mangsa sihir perlulah dibawa bersama ke tempat yang mungkin menjadi tempat disembunyikan atau ditanam barang sihir tersebut. 

Ini kerana di dalam badan mangsa adanya medium sihir yang mempunyai 'connection' dengan barang sihir yang ditanam/disembunyikan. 

Medium sihir di dalam badan inilah yang dipanggil buhul sihir. 

InshaaAllah disebabkan 'connection' tersebut, apabila mangsa berada dekat barang sihir, maka mangsa akan dapat merasainya dan cubalah dicari dikawasan yang berhampiran dengan mangsa.

3) Barang sihir perlulah disembunyikan/ditanam dikawasan atau tempat yang menjadi laluan mangsa. 

Ini berdasarkan kepada perbuatan Labid Al-Asam yang menanam barang sihir di dalam telaga zarwan yang mana telaga ini adalah tempat Nabi selalu mandi. Maka selepas Nabi mandilah sihir berlaku ke atas diri Nabi.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat.

Wallahu a'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal