Langkau ke kandungan utama

"Ustaz, boleh tak keluarkan semua sihir dalam badan saya ni?"

Jawapannya boleh inshaaAllah. Tetapi tak boleh dengan hanya sekali sesi rawatan sahaja.

Kenapa sihir tak dapat dikeluarkan semuanya hanya dalam satu sesi rawatan?

Dari pengalaman saya, ini sebabnya kenapa saya tidak menggalakkan cara tersebut.

Sebabnya ialah pesakit sendiri tidak mampu. Saya pernah rawat pesakit sihir paling lama 3 jam.

Mungkin ada perawat lain yang lagi lama dari saya.

Memang pesakit mengalami tindakbalas yang kuat disamping muntah yang banyak. Apa jadi kepada pesakit?

Tubuh dia jadi lemah. Lemah ni tak bagus. Sebab bila dia lemah, jiwa dan fikiran dia juga akan turut menjadi lemah.

Akibatnya, dalam keadaan begini, tubuh badan pesakit tu akan lebih mudah dikuasai oleh jin sihir yang berada dalam badan pesakit tersebut.

Bila tubuhnya dikuasai, perawat akan terus merawat pesakit tu atas alasan nak keluarkan jin. Mungkin jin akan keluar, tapi percayalah, tak semua jin akan keluar. Yang lebih buruk ialah tubuh badan pesakit akan lebih menjadi lemah.

Keadaan begini sebenarnya lebih mendatangkan keburukan kepada pesakit terutama dari sudut psikologinya. Di mana mungkin pesakit akan menjadi trauma dan tidak akan meneruskan sesi rawatan seterusnya.

Sebab pesakit dah tak sanggup nak menahan kesakitan.

Dan akhirnya, sihir tidak dapat dirawat dengan berkesan dan efektif. 

Bagaimana cara yang sepatutnya?

Cara yang sepatutnya ialah buat dengan teratur, istiqamah dan pantau perkembangan pesakit.

Secara ringkasnya, ini yang saya akan buat dalam sesi rawatan dengan pesakit.

1) Kenalpasti terlebih dahulu gejala-gejala gangguan yang dialami pesakit dan pastikan samada gejala tersebut disebabkan sihir atau sebaliknya.

2) Kenalpasti tempat-tempat yang menjadi tapak sihir di dalam tubuh badan pesakit. Fokus untuk rawat tempat-tempat tersebut.

3) Perhatikan apakah tindakbakbalas yang berlaku kepada pesakit ketika sesi rawatan berjalan.

4) Selesai sesi rawatan, saya akan bekalkan kepada pesakit limau dan air untuk tujuan mandi selama 7 hari dalam minum. Selain turut diberikan amalan-amalan untuk tujuan pembenteng diri.

5) Setelah pesakit selesai mandi 7 hari, ingatkan pesakit untuk rawatan susulan. Sebelum mulakan rawatan susulan, dapatkan data tentang apakah gejala-gejala gangguan telah berkurangan dalam tempoh mandi limau selama 7 hari.

6) Dalam sesi rawatan susulan, perhatikan tindakbalas pesakit. Adakah semakin baik berbanding sesi rawatan kali pertama, atau sebaliknya.

Inilah proses-prosesnya yang akan saya nasihatkan kepada pesakit saya untuk ikut. Ya, mungkin nampak macam lambat.

Tetapi jika pesakit ikut proses ni dengan konsisten, inshaaAllah sihir dapat dirawat dengan berkesan dan efektif tanpa perlu terlalu menyakiti tubuh badan pesakit, sekaligus menyebabkan pesakit mengalami trauma untuk mendapatkan rawatan.

Mudah-mudahan perkongsian ni bermanfaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal