Dari Ubay bin Ka'ab dia berkata, Ketika saya bersama Nabi Muhammad s.a.w, tiba-tiba seorang Arab Badui (badwi) datang dan berkata, Wahai nabi Allah, saya mempunyai saudara yang sedang menderita sakit. Beliau bertanya, Apa penyakitnya? Dia berkata, Dia seperti orang gila (kesurupan). Maka beliau bersabda, Bawalah dia kemari.
Setelah datang, Badui itu menyuruh saudaranya untuk duduk di hadapan Rasulullah. Kemudian Rasulullah memintakan perlindungan untuknya (berdoa kepada Allah) dengan membacakan:
• Surah Al-Fatihah
• Empat ayat dari awal Surah Al-Baqarah
• Dua ayat dari pertengahan Surah Al-Baqarah (163-164)
• Ayat Kursi (Al-Baqarah: 255)
• Tiga ayat dari akhir Surah Al-Baqarah
• Satu ayat dari Surah Ali Imran (18)
• Satu ayat dari Surah Al-A'raf (54-56)
• Ayat-ayat terakhir dari Surah Al-Mukminun (116-118)
• Satu ayat dari Surah Al-Jin (3)
• Sepuluh ayat pertama dari Surah As-Saffat
• Tiga ayat terakhir dari Surah Al-Hasyr
• Surah Al-Ikhlas
• Surah Al-Falaq, dan
• Surah An-Nas
Lantas orang Arab itu berdiri seolah-olah dia tidak pernah sakit sama sekali.
Rujukan:
Buku bertajuk Ruqyah Jin, Sihir & Terapinya oleh Syaikh Wahid Abdussalam Bali, terbitan Ummul Qura, Cetakan Mei 2016 M / Jumadil Akhir 1437 H. Ms 94.
Ulasan tambahan:
Menurut Syaikh Wahid Abdussalam Bali bahawa hadis tersebut bertaraf daif. Maka boleh juga membaca ayat-ayat Al-Quran yang lain.
Maksud Syaikh Wahid Abdussalam Bali, boleh baca ayat-ayat dalam hadis tersebut sebagai ruqyah dan boleh juga baca ayat-ayat Al-Quran yang lain yang tidak disebut dalam hadis tersebut.
Ditulis semula dan disusun oleh:
Akhi Sinar Ruqyah
Admin Group Telegram Rawatan Islam
Admin group FB Ruqyah Syar'iyyah Malaysia
2023
Ulasan
Catat Ulasan