Langkau ke kandungan utama

PROGRAM @ TERAPI RUQYAH MANDIRI DETOX 45 HARI

*PROGRAM @ TERAPI RUQYAH MANDIRI DETOX 45 HARI*

Ruqyah Mandiri bermaksud ruqyah yang dilakukan sendiri oleh pesakit. Pesakit boleh mengikuti program ini yang dinamakan Program Ruqyah Detox Selama 45 Hari. Buat setiap hari di rumah.

Program ini sesuai untuk merawat gangguan jin, sihir, penyakit Ain Hasad dan penyakit yang tidak diketahui puncanya.

• Ruqyahkan air, minyak zaitun (khas untuk rambut dan kulit), madu, habbatus sauda dan susu segar fresh milk. Bacaan ruqyah
(1) Al-Fatihah 7X
(2) Al Baqarah ayat 255 3X
(3) Al Baqarah ayat 285-286 3X
(4) Al Ikhlas 3X.
(5) Al-Falaq 3X.
(6) An-Nas 3X.
• Sesudah baca, tiupkan ke arah semua bahan tersebut.

*PROGRAM RUQYAH DETOX 45 HARI*
1. Minum 250 ML susu segar yang telah dibancuh dengan 1 sudu madu. Amalkan selama 30 hari.
2. Minum setengah sudu teh minyak habbatus sauda. Amalkan selama 7 hari.
3. Sebelum tidur sapukan minyak zaitun ke seluruh tubuh dari kepala hingga kaki. Amalkan selama 7 hari.
4. Mandi dengan air yang telah diruqyah. Amalkan selama 45 hari.
5. Dengar terapi ayat-ayat ruqyah setiap hari. Minimum 45 minit.
7. Dengar terapi Ayat Kursi secara berulang-ulang setiap hari. Minimum 45 minit.
8. Baca zikir pagi dan zikir petang setiap hari. Ada banyak susunan zikir pagi dan petang, contoh seperti Al-Mathurat.
9. Baca ayat-ayat Manzil setiap hari.
Nombor 8 dan 9 Jika tak pandai baca, maka boleh dengar dekat YouTube dan lain lain.

Jika telah sembuh, jangan lupa sujud syukur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIMPTOM-SIMPTON TEMPAT KEDIAMAN ATAU PERMIS PERNIAGAAN ADA GANGGUAN SIHIR

Antara simptom yang mungkin dialami oleh Penghuni tempat tersebut 1. Sakit, lenguh atau kebas hanya di sebelah tubuh 2. Sakit kepala hanya di sebelah kiri atau sebelah kanan sahaja  3. Sering sakit pinggang  4. Lenguh, kebas atau kejang daripada peha hingga ke kaki 5. Sakit sendi kaki  6. Tapak kaki kebas, panas atau menyucuk 7. Sakit tulang kipas  8. Sakit di belakang kepala dan di antara dua kening *Antara simptom yang mungkin berlaku di tempat tersebut* 1. Sering terdengar bunyi pelik-pelik 2. Pintu terbuka atau tertutup sendiri  3. Lampu sering mati atau dimain-mainkan 4. Rasa tak selesa (mengantuk, letih atau sakit dll) apabila berada di tempat tersebut 5. Tempat tersebut nampak suram, sunyi atau tak ceria  6. Makanan cepat basi 7. Kadang tercium bau busuk yang tak diketahui puncanya *Antara mimpi yang mungkin dialami* 1. Mimpi tandas atau buang air  2. Mimpi berada di tempat gelap atau kotor  3. Mimpi tubuh dipenuhi kotoran atau najis  ...

PINTU JIN MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA

Adakah anda tahu bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan kan,  sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa kita sedar kita membuka jalan untuknya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita. Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain. Pintu-pintu itu ialah: 1. Sombong Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah. Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tek...

GANGGUAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN WAKTU ATAU TEMPAT

➡️Sakit ketika bersetubuh ➡️Sakit pada waktu, hari atau bulan tertentu ➡️Sakit ketika masuk ke suatu tempat seperti rumah, sekolah atau tempat kerja Sesak dada atau Rasa tercekik Khususnya  ➡️Ketika melihat orang tertentu ➡️Ketika berada di tempat tertentu ➡️Ketika berada dalam keadaan tertentu Sayang melampau pada orang yang baru kenal